menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Friday, March 29, 2013

    HATI TERLUKA



    Kita semua adalah makhluk Allah yang cukup istimewa. Ditakdirkan Allah mempunyai sifat dan kerenah yang pelbagai. Bergaul dengan masyarakat akan menemukan kita dengan ramai orang. Ada yang sekepala, ada pula yang sebaliknya. Ada yang kita boleh terima, ada yang kita rasa menyampah. Namun, satu perkara yang harus kita sedari, fitrah seorang manusia. Tiada yang hidupnya penuh dengan kebaikan tanpa sebarang cela. Tiada pula yang dapat lari dari membuat kesilapan. Bergaul dengan mereka memang menuntut kesabaran, lebih-lebih lagi mereka yang tidak sekepala dengan kita.

    Hadis Ibn Umar R.A, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu“(HR At-Tarmizi & Ibn Majah)
    Kita rasa kita sudah cukup sabar dengan kerenah seseorang. Tapi pernahkah kita teliti, berapa ramai pula yang lagi banyak menahan sabar dengan kerenah kita?

    Kita rasa kita sering mengalah dengan kawan-kawan. Tapi pernahkah kita mengambil tahu, berapa banyak yang kawan-kawan telah mengalah dengan kita?

    Kita rasa diri dipergunakan bila seseorang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dirinya sendiri. Kita hanya dicari sewaktu bermasalah sahaja. Tapi pernahkah kita mengira, berapa ramai yang telah kita ambil kesempatan terhadap kebaikan mereka?

    Akhirnya, kita kembali kepada titik hakikat yang asal. Kita dan mereka sama sahaja. Masing-masing punya perangai dan sifat berbeza. Masing-masing susah untuk menerima sesuatu yang  berbeza dengan mereka. Maka, salah Allahkah pula yang mentakdirkan manusia bersifat demikian?

    Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.(HR Muslim)

    dibawah ini ada beberapa cara untuk kita menghilangkan rasa marah, tersinggung, ianya akan membuatkan kita sentiaa bersabar dengan apa pun jua perkara yang telah berlaku kepada diri kita.

    Pertama, belajar melupakan.

    Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.

    Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.

    Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat 

    Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

    Ketiga, kita harus bersimpati.

     Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.

    Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.

    Oleh itu, kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!



    Thursday, March 21, 2013

    Dari Hati ke Hati.. :)




    Ingin aku bicarakan padamu..
    Kau tiada di sisiku..
    Ingin aku lontarkan emosi padamu..
    Kau jauh dari mataku..

    Amat sukar dicari apa itu sahabat
    Inikan pula sahabat sejati
    Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
    Aku mula mengerti siapa sahabat
    Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
    Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
    Jika ada sahabat bersamaku

    Dan kian dewasanya aku
    Aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat
    Hidupku penuh warna
    Bagai pelangi yang cantik coraknya
    Menghiasi awan biru kehidupanku
    Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
    Terima kasih kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
    Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
    Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

    Sahabat..
    Aku senantiasa merinduimu di sana..
    Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu di sana..
    Aku sentiasa ingin kau bahagia di sana..
    Meski berkali-kali khabar ku dengar bahawa hatimu derita..

    Sahabat..
    Yakinlah akan dirimu..
    Bahawasanya Allah sentiasa bersamamu..
    Jagalah Dia dengan baik..
    Agar Dia menjagamu dengan baik..

    Sahabat..
    Jangan sesekali kau bersedih hati sendiri..
    Jangan sesekali kau membawa jauh hatimu dari kami..
    Jangan sesekali kau ragui jalinan kita ini..
    Jangan sesekali kau pinggirkan kami dari hati..

    Sahabat..
    Buanglah sangka negatifmu..
    Buanglah bisikan syaitan yang ingin melihat kita berpecah..
    Buanglah ego yang mengatakan kami semakin lupakanmu..
    Buanglah rasukan iblis yang ingin melihat kita jauh dari Allah..

    Sahabat..
    Aku hanya mampu membelek memori kasih kita..
    Yang tersusun rapi dalam album di lappy ini..
    Aku hanya mampu tersenyum bahagia..
    Dengan harapan, semoga kau juga bahagia dan tersenyum di sana..

    Ya..
    Kerana aku rindu..
    Kerana aku rindu..
    Semoga rindu yang mengalir ini adalah kerana-Nya..
    Semoga rindu ini kelak akan menemukan kita semula..
    Semoga rindu ini menghanyutkan kita ke arah mencari reda-Nya..


    Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
    Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
    Yang kininya hanya bisa dikenang
    Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
    suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
    Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.



    Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
    andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
    andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
    Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
    Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
    Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
    Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.
    Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah.
     Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan.
    "Kerana Ukhuwah itu indah" 

    Monday, March 18, 2013

    INSAN POPULAR

    Setiap orang sedikit sebanyak pasti terdetik didalam hati untuk menjadi orang yang dikenali. apabila kita dikenali kebanyakkan kerja dalam kehidupan seharian kita akan menjadi lebih mudah dari selalu kerana ada sahaja orang yang akan menghulurkan bantuan kepada kita.


    Apabila ditanya siapakah Siti Nurhaliza, Leino Messi, Mariah Carrie, Ziana Zain, Faizal Tahir? pasti semua orang tahu, kerana meraka adalah antara golongan yang Popolar di Malaysia ini. Ramai lagi yang Popular disini termasuklan menjadi seorang Wakil Rakyat pasti ramai yang akan mengenalinya.

    Tidak dapat dinafikan mereka memang Popular tetapi kita yang mengenali meraka haruslah jangan terlalu mengagung-agungkan mereka. Jika kita rasa hebat sangat kenalkan kita pada syiekh Mohd Abduh, Syiekh Hassan Al Banna? mereka adalah ilmuan islam yang harus kita kenal kerana ada pepatah yang  menyatakan ALLAH dan Rasul sayang kepada Ulama dan jika kita sayang Ulama, ALLAH dan Rasul akan sayang kepada kita.

    Sebagai seorang islam kita harus menjadikan orang yang paling popular dalam hati kita adalah Rasulullah, dan jangan hanya berkata pada mulut sahaja tetapi tidak pada hati dan perbuatan. ini kerana kita dengan mata kasar sahaja sudah dapat tahu siapakah yang sayang kepada Rasul dengan HATI, MULUT dan PERBUATAN. Jadilah kita insan yang paling dekat dengan ALLAH dan Rasul.

    Setiap hari kita membaca dan mendengar berita tentang kematian sama ada orang yang dekat dengan kita dan orang kita tidak kenal dan dikalangan yang meninggal itu adalah datang dari pelbagai golongan umur, ada yang dari bayi sampailah kepada yang tua. dan yang pasti diseluruh dunia ini pasti setiap masa akan ada berlaku kematian hanya kita sahaja yang tidak tahu. dan PERSOALAN DISINI ADAKAH KITA TIADA DALAM GOLONGAN UMUR MEREKA ITU?

    Bercakap tentang kematian dan mengikut kepada tajuk kita diatas, saya ingin mengaitkan tentang diri kita dan persedian kita untuk menghadapi saat kematian kerana kita tidak tahu bilakah masanya kita akan meninggal. dan yang lebih UTAMA kita ingin menjadi INSAN POPULAR disisi ALLAH kerana bagi penulis itulah yang amat penting dalam kehidupan.



    Sebagai insan yang kerdil lagi banyak dosa ini hendaklah kita selalu bertaubat kepadaNya kerana dalam sedar atau tidak banyak yang telah kita lakukan. tidak banyak sedikit. Penulis menyeru kepada diri Penulis dan semua agar kita sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi insan yang paling POPULAR disisi ALLAH kerana kepadaNya kita akan kembali dan kita tidak Mengetahui bila kita akan kembali. Mengikut kata pepatah

    "Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan Beramalah kamu seperti kamu akan Mati pada hari ESOK"
    sama-samalah kita renungkan..
    sekian,
    smile alway.. :)

    Saturday, March 16, 2013

    SENDIRIAN

    bagi sesetengah orang sedirian adalah lebih baik dari berkumpulan. kerana lebih banyak privacy untuk  membuat sesautu keputusan itu. dan sendirian kita bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan seseorang yang lain. keputusan untuk melakukan sesautu secara sendirian adalah sesautu yang hanya kita sahaja yang tahu dan orang lain tidak perlu tahu..

    untuk anda yang memilih bersendirian lihatlah hukam alam ini yang memerlukan kita tidak bersendiri, iaitu lelaki perlu kepada perempuan, menghasilkan kereta perlu kepada kelengkapannya, pelajar perlu kepada guru untuk mendapatkan ilmu,

    begitu juga didalam kehidupan kita sebagai seorang islam ALLAH telah berkata jemaah itu lebih baik dari sendirian, seperti solat jemaah lebih banyak pahalanya dari solat sendirian,

    entri sebenar untuk maksud dari tajuk diatas, saya ingin membicarakan tentang sikap kita sebagai seorang muslim, ramai antara kita yang menganggap jangan menjaga tepi kain orang lain, biarlah dia apa yang dia nak buat, masuk syurga asing-asing, masuk kubur lain-lain.

    apa yang saya ingin katakan disini sikap kita sebagai ibu bapa. kita sebagai ibu bapa haruslah menjaga keluarga kita, sebagai seorang ayah kitalah ketua keluarga dan setiap apa yang telah dilakukan oleh ahli keluarga kita adalah tanggungjawab kita.

    sesetengah apa yang kita dapat lihat anak remaja sekarang, ramai yang membiarkan anak mereka mengamalkan cara hidup yang bebas, bak kata orang "mengikut peredaran zaman" janganlah kita sampai menjeratkan diri kita sendiri dengan apa yang kita lakukan kepada ahli keluarga kita.
    anda harus bertanggungjawab untuk anak anda.

    teguran yang saya ingin buat ini adalah peringatan untuk diri kita sendiri dan peringatan sesama umat islam dimuka bumi ALLAH ini. ramai yang ibu bapanya kaki masjid tapi anak2nya dibiarkan seperti tidak punya agama, dengan cara pemakaian dan cara hidup. maaf jika terasa dengan apa yang cuba saya sampaikan ini. jangan hanya kita sendirian yang nak masuk syurga dan berharap sautu hari nanti anak kita akan berubah. ada juga yang berkata dia juga mcm tu dulu lama2 berubah la tu. tapi ingatlah semua sahabat hidup kita hanya ALLAH sahaja yang tahu bila akan sampai kepenghujungnya.

    jadi sama2lah kita renungkan, anak kita yang kita tatang seperti minyak yang penuh telah menarik kita masuk keneraka. sedih dengan setuai yang berlaku sekarang kerana kita mengharap hanya kepada masa tapi kita sudah tahu yang masa nyawa kita hanya ALLAH sahaja yang tahu.

    Oleh itu marilah kita bersama-sama berubah menjadi yang lebih baik. bukan untuk kita menjadi alim ulama tetapi berubah kepada yang lebih baik...

    "YA ALLAH sesungguhnya aku tak layak untuk syurgaMu tapi tak sanggup aku untuk masuk nerakaMu"
    Nabi kita yang telah dijamin masuk kesyurga juga masih beribadat kepada ALLAH siang dan malam, ini apatah lagi kita yang sering kali tersilap..

    sekian dari saya, harap kita ambil ikhtibar dari apa yang berlaku disekeliling kita..
    smile always... :)

    Wednesday, March 13, 2013

    APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

    Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? 
    Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
     Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum 
    ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
    Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. 
    Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
    Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
    Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. 
    Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
    Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? 
    Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
    Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.. 
    Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga.
     

    Monday, March 11, 2013

    Melepaskan Ego

     

    Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri. Ego merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai kesalahan moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain. Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
    Ego ini  menjadi persoalan serius ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan  sebagai kenikmatan.Akibatnya,  segala macam cara digunakan oleh orang yang ego  ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok, walaupun menyebabkan orang lain menderita. Asal dirinya bahagia sahaja.
    Itulah EGO..
     
    Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa? Seperti  tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.
    Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?
    Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?
    Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena? Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.
     
    Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?
    Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
    Buanglah  prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindari prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri  dari hati.
    Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik. Jika anda ingin meraih cita-cita, buatlah diri anda menjadi ideal. Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
    Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka  jadikan diri anda sendiri lebih bernilai. Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi. Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
    Jika anda ingin dicintai pasangan hidup kita, maka buatlah diri kita menjadi orang yang mencintainya lebih lagi. Mungkin kita akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah  berikan  yang terbaik, meskipun itu  tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
     
    Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran. Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati  dalam mengawal ego peribadi diri kita. Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.
    Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!

    Sunday, March 10, 2013

    Salam Kehidupan


    Buat semua Sahabat Kopiahhijau
    tika ini saat ini perjalanan hidup kita ada yang sama dan ada yang berlainan haluan
    tapi kita tetap sama iaitu patuh dan tunduk kepadaNya..
    kerana Dialah kita ada diatas muka bumi ini..
    seiring perjalanan kita yang kian jauh menghala arah tujuan masing2
    kuhulurkan doa agar kita dapat bertamu kembali
    dengan penuh rahmat dariNya..
    dengarkanlah lagu ini khas buat semua sahabat2 Kopiahhijau yang amat saya rindu.
    kiat semua sama dihapanNya.



    MSD Camera Plus 6


    Dan Akhir sekali majlis Penutupan dan penyampaian Sijil
    berpisah lah jasad kita ketempat masing-masing
    dan semoga ukhwah yang kita bina selama 14 hari ini
    semakin mekar bak kumtuman mekar dipagi hari dan x akan pernah layu
    kerana kita masih memerlukan antara satu sama lain..

    akhwan dan ikhwat semua antumlah penyeri hidup ana dalam melayari kehidupan sebagai seorang Pengurus Pusat Internet 1Malaysia.
    kita berpisah jasad bukannya hati
    kita akan terus tersirat dalam kuntuman senyum kegembiraan
    diharapkan semua apabila menghadapi masalah hubungilah antara kita
    kerana kita umpama 
    lebah dan madu
    aur dan tebing
    isi dan kuku
    hati dan perasaan...

    p/s dah2 x payah duk bermadah banyak sangat, tergugat plak maiel.. hahahah SORRY MAIEL.. :)



















































































    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...