menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Saturday, March 14, 2015

    PAHALA DAN DOSA YANG MENGALIR


    Maksudnya : “ Sesiapa mengajak kepada sesuatu petunjuk yang benar, maka baginya adalah pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada pahala-pahala mereka itu. Dan sesiapa mengajak kepada sesuatu kesesatan, maka baginya adalah dosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya, tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa-dosa mereka itu,”

                                                                                                                                      (HR Muslim : 4831)


    Pahala Dan Dosa Seperti Melakukannya

    Di dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyampaikan berita gembira bagi orang yang mengajak dan mengajarkan kepada manusia kebaikan dan pahala, serta ancaman ke atas mereka yang mengajak manusia kepada kesesatan dan dosa.

    Orang yang mengajak atau mengajar kebaikan kepada manusia maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang yang mengikuti apa yang dia seru.
    Selagimana orang yang diserunya itu mengamalkan ajakan atau ajarannya, maka selagi itulah dia akan mendapat pahala. Sebagaimana air yang mengalir berterusan, tidak kira orang menyeru itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

    Begitu juga sebaliknya, bagi orang yang mengajak atau mengajarkan keburukan dan kejahatan kepada manusia maka dia akan mendapat dosa sebagaimana orang yang mengikuti apa yang diserunya.

    Selagi mana orang yang diserunya itu mengamalkan ajakan atau ajarannya, maka selagi itulah dia akan mendapat dosa secara berterusan sebagaimana melakukannya. Sama ada ketika itu dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

    Tiga Amalan Yang Tidak Akan Putus

    Selain menyeru dan mengajak manusia kepada kebaikan, terdapat beberapa lagi perkara yang pahala amalannya tidak akan putus bagi orang yang melakukannya. Sabda Rasulullah s.a.w.
    Maksudnya :Apabila meninggal dunia seseorang manusia, maka putuslah amalannya, melainakn daripada tiga jenis perkara : iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannyaatau anak soleh yang mendoakanya.


                                                                                                                                     (HR Muslim : 3984 )
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...