menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Friday, February 4, 2011

    Adakah Esok Milikku

         "Arghhh....."getus hatiku lagi. Sudah berkali-kali aku mencuba untuk memetik piano kesayanganku tetapi lagu itu tetap sumbang. Mengapa?
         Di manakah silapnya?
         Fikiranku menerawang pada peristiwa yang berlaku di sekolah tengah hari tadi. "Ha....yang sedang termenung dan terlopong di tepi tingkap itu!" sergah Cikgu Badrul. "Jawab soalan saya cepat!"
         "Aku bangun dengan tergopoh-gapah lalu meminta Cikgu Badrul mengulangi soalannya sekali lagi. Kartini manyiku sambil berbisik, "Pssssttt,buat ayat dengan imbuhan 'meN'."
         "Errrr.....Cikgu Badrul menyergah saya dengan muka yang menyinga," jawabku selamba. Gelak ketawa meledak kuat daripada pelajar-pelajar di kelas Empat Alfa. Cikgu Badrul tersenyum sendiri. Kelas yang suram  tadi mula ceria bak bunga layu disirami air hujan.
         "Hai cik mek molek, termenung ingatkan aku ke tadi?" sindir Bahar. Aku tersentak mendengar sindiran tajam daripada budak nakal itu. Sahabatnya Bidin pula tersengih-sengih dengan gigi kapaknya yang macam gigi arnab itu. Ingin saja aku menggantung budak gemuk itu di kipas biar terayun-ayun bagai nangka masak.
         Wakyu rehat, aku terus ke kerusi di bawah pohon jati di hujung padang. Dedaun yang menghijau amat menyegarkan pandanganku lagi. Kartini,sahabat baikku mencuba untuk bertanya tentang masalahku. Tetapi, mulutku berasa berat untuk membicarakannya. Aku bingung. Lantas, aku meninggalkan dia dengan seribupersoalan yang belum terjawab. aku berasa serba salah berbuat demikian. Tetapi, apakan daya. Sekiranya aku menceritakannya, sudah pasti dia juga tidak dapat menolong.
         Lamunanku terhenti apabila terdengar suara ibuku nyaring memanggil. Kakiku melangkah berat menuju ke dapur.
         "Bagaimana dengan persiapan untuk pertandingan itu, Mar?" soal ibu.
         "Belum tahu," ujarku ringkas.
         Aku berlalu dari situ menuju ke ruang tamu kerana malas untuk mendengar persoalan ibuku yang kuanggap semakin membebankan.
         "Mengapakah anakku ini?" Puan Khatijah berasa risau melihat keadaan anak tunggalnya yang murung sejak semalam. Sejak lahir dia dibelai dengan kasih sayang dan diulit dengan kemewahan. Segala kemahuannya sentiasa dipenuhi. Walaupun Mar dimanjakan, tetapi dia tidak pernah bersikap materialistik
         Ke manakah sikap periangnya menghilang? Puan khatijah termenung seketika memikirkan anaknya.
          Selepas menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh Cikgu Badrul, aku duduk termangu di balkoni sambil memerhati keindahan malam ciptaan Allah.Bulan mengambang dan bintang-bintang bertaburan memenuhi cakerawala yang berkedipan memancangkan cahayanya. Ketika itu, kedengaran lagu "Tika dan Saat Ini" dendangan kumpulan Medicine berkumandang di corong radio saluran "Era Rentak Muzik Terkini". Alunan muzik yang syahdu itu serba sedikit menghilangkan kebosanan dan kerisauanku.
          Sedang memerhati keadan bilikku yang tenang, tidak semena-mena tercetuslah ilham di dalam midaku terhadap rentak dan irama untuk lagu yang bakal aku pertandingkan dalam Pertadingan wirama Seni Remaja EON yang bakal tiba pada minggu hadapan.
         Sudah berhari-hari aku memikirkannya , baru kini timbulnya rentak dan irama yang sesuai. Lantas, aku pun mencapai pensel dan buku lalu mengarang not-not yang bakal menentukan segalanya.
         Detik demi detik yang berlalu tidak aku sedari. Ketika orang lain enak berselimut dan memeluk bantal,aku masih lagi bersengkang mata. Semasa jam hampir menunjukkan angka dua pagi, barulah aku dapat menyiapkan keseluruhan lagu yang kukarang. Lagu itu kuberi judul "Setiap Kali Kupejamkan Mata" sempena kegelisahanku yang melanda sebelum ini. Selesai mengemas meja tulisku, aku terus menghempaskan badanku di atas katil. Pandanganku semakin kabur, mataku terpejam, dan akhirnya diriku lena diulit mimpi indah.
         "kringggg....." jam loceng dikepala katilku menjerit lalu membangunkan aku. Keadaan pagi yang sejuk serta tilam empuk membuatkan aku berasa ingin menarik selimutku kembali. Tetapi, apabila teringatkan hasil karanganku malam tadi, aku bingkas bangun dengan penuh semangat menuju ke bilik air. Selesai bersiap, aku turun ke bawah lalu menjamah nasi goreng yang siap dihidangkan oleh Mak Temah. Aku pun terus menuju ke piano kesayanganku dan mencuba untuk memainkan lagu yang siap kukarang malam tadi.
          "Haaaaa.....macam inilah!" aku melonjak kegembiraan dan tersenyum tanda puas.
          Puan Khatijah dan Encik Hisyam yang sedang asyik menonton televisyen terkejut melihat perubahan anak mereka yang semalamnya murung tidak tentu fasal, tiba-tiba melonjak kesukaan. Ingin juga mereka bertanyakan hal itu, tetapi setelah menyaksikan gelagat Mar, mereka dapat mengagak apa-apa yang difikirkan oleh anak gadis itu.
         Aku berlatih untuk memantapkan jari-jemariku memetik piano agar tiada cacat dan celanya. Aku menghayati lagu itu dengan sepenuh hati. Aku mesti menang! Semangatku berkobar-kobar untuk menghadapi pesaing-pesaing hebat agar tidak pulang dengan tangan kosong.

         Hari demi hari berlalu. Hari yang kudebarkan selama ini tiba jua akhirnya. Aku berasa gementar sekali. Peluh dingin mula memercik membasahi dahiku. Melihat riak wajah peserta-peserta lain, aku dapat mengagak mereka sudah cukup bersedia dan yakin untuk mempersembahkan persembahan mereka kerana ada diantara mereka yang pernah menjadi juara pada tahun lalu. Mujurlah Kartini ada disampingku memberikan kata-kata semangat.
         "Aku yakin kau boleh Mar," kata-kata Kartini membuatkan aku lebih menghargai nilai persahabatan yang telah kami bina sejak tiga tahun yang lalu.
         Dedaranku semakin memuncak apabila kedengaran namaku dipanggil oleh pengacara menerusi corong pembesar suara yang dipasangkan di sekeliling auditorium RTM.
         Dengan berbekalkan doa dan perangsang kedua-dua orang tuaku, perasaan darah gemuruhku hilang apabila memijak anak tangga yang pertama naik ke pentas. Aku membetulkan dudukku di kerusi piano untuk menyesuaikannya dengan diriku. Not demi not, baris demi baris aku mainkan, akhirnya selesailah persembahanku.


         Tepukan gemuruh penonton di auditorium membuatkan aku berasa yakin untuk menang, sekurang-kurangnya mendapat tempat saguhati. Aku amat bersyukur kerana dapat mempersembahkannya dengan baik sekali.
         Hampir tiga jam, tamatlah semua peserta mempersembahkan persembahan masing-masing. semua peserta hebat-hebat belaka, terutamanya dari Wilayah Persekutuan, Pahang dan Kedah. Sebagai anak jati Johor aku akan berasa bersalah sekiranya tidak dapat merebut tempat. Pihak juri mengira-ngira markah.  Ibuku sentiasa berada di sisiku memberikan keyakinan. Tetapi, sebagai insan yang lemah, aku akui kelemahanku. Aku hanya mampu berdoa. Malah aku reda keputusan yang bakal diumumkan sebentar lagi.
         Majlis itu tiba di kemuncaknya setelah penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta. Aku ternanti-nanti akan keputusan pertandingan yang sudah diterima di tangan pengacara yang bertugas.
         Pemenang tempat ketiga sudah pun diumumkan. Tempat kedua dan pertama belum ada pemenangnya. Keadaan di auditorium bertambah riuh bagai tebuan mengelilingi madu kerana tidak sabar untuk mendengar pengumuman pemenangnya.
         "Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari negeri kedah,Siti Nabila Ahmad!" juruacara itu mengumumkannya. Peserta itu melangkah bangga naik ke pentas. Hatiku pula bagaikan berkecai setelah pengumuman tersebut karana aku yakin bahawa aku tiada harapan untuk menang. Aku berasa ingin menangis, tetapi kutahan sahaja kerana malu untuk berhadapan dengan kedua-dua orang tuaku serta Kartini.
         "Kini,tibalah masanya diumumkan johan pertandingan Wirama Seni Remaja EON 1999 dalm kategori bawah 18 tahun dimenangi oleh......"
         Paluan kompang dan gong sebanyak tiga kali itu membuatkan aku ingin menekapkan telingaku kerana terlalu hampa. "Johan disandang oleh.....Marlina Hisyam dari negeri Johor!" Serentak kedengaran tepukan gemuruh daripada orang ramai menghangatkan suasana. ibu lantas mengucup dahiku sambil menitiskan air mata tanda syukur. Ayah pula tersenyum bangga. Kartini merapatiku dan terus mendakap erat tubuhku sambil membisikkan kalimah tahniah.
         Bagaikan mimpi yang terkejut dari lena, aku seperti tidak percaya dengan apa-apa yang aku dengari. Aku menuju ke pentas dengan perasaan yang bercampur baur. Tetapi aku tetap berasa bangga untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh komposer idolaku, Adnan Abu Hassan. Hadiah yang kuterima berupa sebuah piala, wang tunai, serta tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang muzik yang di tanggung oleh syarikat EON. Itulah yang aku impikan selama ini. Segala susah payah yang aku harungi telahpun membuahkan hasil. Ramai pula wartawan datang menemu ramah aku.
         Pada keesokan harinya, terpampang tajuk "Marlina Hisyam Remaja Berbakat" di dada akhbar. Aku tersenyum puas. Ibu bapaku tumpang gembira atas kejayaanku. Tetapi, walaupun minatku lebih cenderung terhadap muzik, pelajaran tidak pernah aku abaikan.
         Selesai menjamah sarapan, ayah menghantarku ke sekolah. Tiba di pekarangan sekolah, beberapa pasang mata tertumpu padaku. Rakan-rakanku pula menyerbu kearahku mengucapkan tahniah. Aku sekadar tersenyum tanda terima kasih.
         "Tahniah, Mar!" kedengaran suara yang tidak asing bagiku. Cikgu Badrul!!! Aku menoleh pantas.
         "Terima kasih, cikgu," aku menjawab ringkas.
         Aku memohon masuk ke kelas, termaktublah kata-kata di dalam sanubariku. Hari ini adalah milikku. Tetapi persoalannya, adakah esok masih lagi milikku sentiasa berlegar-legar di kotak fikiranku. Biarlah masa saja yang menentukannya.   
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...