Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada para
pembaca sekalian..
Sering kali dalam kehidupan seharian, kita dipaksa untuk
membuat satu pilihan antara dua atau lebih perkara yang berlaku serentak. Kecil
atau besar, penting atau santai.. perkara2 yg datang ini kadang2 menyebabkan
kita berfikir panjang, dan sesetengah pula kita boleh membuat pilihan on the
spot.
“Nak makan kat cafe ke nak bungkus??”
“Nak pi main ke nak lepak kat bilik??
“Nak study bio ke math??”
“Nak pi meeting PSC ke nak pi Counter Strike Tournament
eh??”
Dalam gerakan dakwah juga, sering para ‘amilin berhadapan
dengan dilemma sebegini. But worries no more.. Islam sendiri mempunyai satu
garis panduan yang jelas bagi membantu, saya, anda, kamu dan mereka bagi
membuat pilihan yang lebih baik.
Aplikasi Fiqh Aulawiyat di kalangan qiyadah dan ‘amilin.
Fiqh -> kefahaman yang mendalam
Al-Aulawiyat -> pengutamaan / prioriti
Fiqh Al-Aulawiyat : pemahaman ttg perkara yg menjadi
prioriti dalam kerja,
amalan, dakwah, jihad, gerakan dan sebagainya. Dasarnya
adalah mendahulukan yang penting dari yang tidak penting dan mendahulukan yang
lebih penting dari yang kurang penting.
KEPENTINGAN FIQH AL-AULAWIYAT
Allah meminta kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita.
Firman Allah swt dalam surah al-Mulk yang bermaksud :
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi
orang yang bertaubat)” –al-Mulk :2-
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah mencintai jika seorang kamu melakukan
suatu amalan, ia lakukannya dengan sempurna dan rapi”
(Riwayat Imam al-Baihaqi daripada Saidatina ’Aisyah r.a)
Dalam satu2 gerakan dakwah, ia amat penting untuk memastikan
segala perancangan kita menjurus kepada matlamat dan tanfiz (pelaksanaan) yang
dibuat adalah yang terbaik.
Kata Said Hawa : “ Kita dalam marhalah ini memerlukan kepada
cara pelaksanaan yang bijaksana pd setiap peringkat melebihi dari keperluan
kita kepada semata-mata pelaksanaan. Kerana itu kami menyeru kpd setiap muslim
agar meningkatkan penguasaan ilmu dan saqafahnya, rohaninya dan
pengkhususannya. Begitu juga kami menyerunya agar memantau lapangan amalan yang
dilibatnya, sebagaimana kami juga menyeru jemaah (organisasi) Islam supaya
membuat tinjauan yang menyeluruh terhadap lapangan antarabangsa dan tempatan
kerana yang demikian itu akan mengajak kepada pelaksaan yang baik ”
(Jundullah Tahtitan, halaman 61-62)
DALIL PENEKANAN KEPADA FIQH AL-AULAWIYAT
At-Taubah : 19 – 20
(menekankan keutamaan jihad dan iman dari amalan-amalan
sunat biasa)
At-Taubah : 49
Ayat ini menurut ulamak turun berkenaan seorang lelaki
(al-Jaddu bin Qies) yang memohon dari Rasulullah saw agar dikecualikan dari
menghadiri Perang Tabuk (perang melawan orang Rom) kerana bimbang terjatuh
dalam fitnah hawa nafsu kerana melihat wanita-wanita cantik dari bangsa Rom.
Ayat ini merupakan tempelakan kepada orang yang mengutamakan fitnah terhadap diri
sendiri daripada fitnah terhadap agama dengan meninggalkan jihad. Menjaga
fitnah terhadap agama adalah sebenarnya lebih utama dari menjaga fitnah
terhadap diri sendiri sama ada melibatkan jawatan, keselesaan hidup, harta atau
sebagainya.
At-Taubah : 24
Ayat ini menekankan tentang tuntutan agar mendahulukan Allah
dan RasulNya serta jihad fisabilillah dari segala kepentingan duniawi sama ada
keluarga, pekerjaan, perniagaan dan harta benda.
PRINSIP ASAS DALAM FIQH AL-AULAWIYAT
-Mendahulukan maslahah (kepentingan) agama dari maslahah
diri sendiri dan duniawi.
-Mendahulukan yang wajib dari yang sunat
-Mendahulukan maslahah organisasi / jamaah dari maslahah
individu
-Menolak mafsadah (kemudharatan) didahulukan dari meraih
maslahah.
-Memilih mudharat yang paling ringan jika berlaku
pertembungan antara dua mudharat.
-Mendahulukan yang paling penting dari yang penting/ tidak
penting/ kurang penting.
-Mendahulukan penghayatan diri sebelum menyeru orang lain.
FAKTOR YANG DAPAT MENJANA QIYADAH DAN ‘AMILIN YANG BERGERAK
BERDASARKAN AL-AULAWIYAT.
-Memiliki keikhlasan dalam amal, dakwah dan jihad
-Mempunyai ilmu tentang fiqh al-aulawiyat
-Mempunyai kesungguhan dan sentiasa berfikir untuk melakukan
yang terbaik.
-Memahami dgn baik matlamat perjuangan : jangka pendek dan
panjang.
-Sentiasa memberi wala’ dan thiqoh kpd jemaah (organisasi)
dan qiyadah yang lebih tinggi termasuk bersedia mematuhi arahan pada bila-bila
masa.
-Memahami polisi semasa yang ditetapkan oleh qiyadah dan
jemaah.
-Memahami fiqh amal jama’i dengan baik
-Sentiasa mengkaji kewajipan semasa (wajibat al-asr) dan
kewajipan waktu (wajibat al-waqti)
-Sentiasa menghargai masa. Imam Hassan al-Banna : Kewajipan
lebih banyak dari masa yang ada.
-Tidak memiliki tabiat suka menangguh tugas dan kerja
-Sentiasa amanah dalam memikul tugas dan tanggungjawab,
tidak culas atau mencari jalan untuk lari dari tanggungjawab.
Sebagai contoh saya bawakan untuk lebih mudah difahami
ialah:
1- Apabila bertembung antara menyuarat persatuan dengan
peperiksaan, maka apa yang kena aulakan ialah peperiksaan kerana mungkin
mudharatnya lebih besar sekiranya kita meninggalkan peperiksaaan. Mungkin tidak
dapat naik kelas, keputusan peperiksaan gagal dan sebagainya, dan akibatnya
kita menjadi fitnah kepada persatuan.
2- Anda sedang memandu kereta dengan penuh berhemat,
tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dipandu dengan kurang berhemat, lalu
membuatkan anda hilang kawalan. Dalam masa yang sama seekor kucing yang sangat
cantik berada di hadapan anda. Pilihan hanya dua, sama ada melanggar kucing
yang comel atau melanggar pemandu motosikal tersebut. Sudah tentu pilihan yang
tepat ialah melanggar kucing daripada melanggar pemandu motosikal. Kenapa? Cuba
anda fikirkan nyawa manusia dengan nyawa binatang yang mana lebih utama.
3- Contoh lain ialah antara kualiti dengan kuantiti, manakah
yang lebih Aula atau utama? Inilah
beberapa contoh untuk difahami.
PENUTUP
Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna kpd para
’amilin/petugas Jamaah Ikhwan al-Muslimun :
”pembentukkan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan
sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau
sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki
jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu ;
- kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh
sebarang kelemahan
- Kesetiaan yang sejati yang tidak mengenal erti kompromi
dan pembelotan.
- Pengorbanan yang agung yang tidak mengenal erti tamak
(untuk diri sendiri) dan kedekut.
- Memahami prinsip, meyakininya dan memberi keutamaan
kepadanya.