menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Monday, December 23, 2013

    Fiqh Aulawiyat

    Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada para pembaca sekalian..

    Sering kali dalam kehidupan seharian, kita dipaksa untuk membuat satu pilihan antara dua atau lebih perkara yang berlaku serentak. Kecil atau besar, penting atau santai.. perkara2 yg datang ini kadang2 menyebabkan kita berfikir panjang, dan sesetengah pula kita boleh membuat pilihan on the spot.

    “Nak makan kat cafe ke nak bungkus??”
    “Nak pi main ke nak lepak kat bilik??
    “Nak study bio ke math??”
    “Nak pi meeting PSC ke nak pi Counter Strike Tournament eh??”
    Dalam gerakan dakwah juga, sering para ‘amilin berhadapan dengan dilemma sebegini. But worries no more.. Islam sendiri mempunyai satu garis panduan yang jelas bagi membantu, saya, anda, kamu dan mereka bagi membuat pilihan yang lebih baik.

    Aplikasi Fiqh Aulawiyat di kalangan qiyadah dan ‘amilin.


    Fiqh -> kefahaman yang mendalam
    Al-Aulawiyat -> pengutamaan / prioriti

    Fiqh Al-Aulawiyat : pemahaman ttg perkara yg menjadi prioriti dalam kerja,
    amalan, dakwah, jihad, gerakan dan sebagainya. Dasarnya adalah mendahulukan yang penting dari yang tidak penting dan mendahulukan yang lebih penting dari yang kurang penting.

    KEPENTINGAN FIQH AL-AULAWIYAT

    Allah meminta kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Firman Allah swt dalam surah al-Mulk yang bermaksud :

    “Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)” –al-Mulk :2-

    Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

    “Sesungguhnya Allah mencintai jika seorang kamu melakukan suatu amalan, ia lakukannya dengan sempurna dan rapi”
    (Riwayat Imam al-Baihaqi daripada Saidatina ’Aisyah r.a)

    Dalam satu2 gerakan dakwah, ia amat penting untuk memastikan segala perancangan kita menjurus kepada matlamat dan tanfiz (pelaksanaan) yang dibuat adalah yang terbaik.

    Kata Said Hawa : “ Kita dalam marhalah ini memerlukan kepada cara pelaksanaan yang bijaksana pd setiap peringkat melebihi dari keperluan kita kepada semata-mata pelaksanaan. Kerana itu kami menyeru kpd setiap muslim agar meningkatkan penguasaan ilmu dan saqafahnya, rohaninya dan pengkhususannya. Begitu juga kami menyerunya agar memantau lapangan amalan yang dilibatnya, sebagaimana kami juga menyeru jemaah (organisasi) Islam supaya membuat tinjauan yang menyeluruh terhadap lapangan antarabangsa dan tempatan kerana yang demikian itu akan mengajak kepada pelaksaan yang baik ”
    (Jundullah Tahtitan, halaman 61-62)

    DALIL PENEKANAN KEPADA FIQH AL-AULAWIYAT

    At-Taubah : 19 – 20

    (menekankan keutamaan jihad dan iman dari amalan-amalan sunat biasa)

    At-Taubah : 49

    Ayat ini menurut ulamak turun berkenaan seorang lelaki (al-Jaddu bin Qies) yang memohon dari Rasulullah saw agar dikecualikan dari menghadiri Perang Tabuk (perang melawan orang Rom) kerana bimbang terjatuh dalam fitnah hawa nafsu kerana melihat wanita-wanita cantik dari bangsa Rom. Ayat ini merupakan tempelakan kepada orang yang mengutamakan fitnah terhadap diri sendiri daripada fitnah terhadap agama dengan meninggalkan jihad. Menjaga fitnah terhadap agama adalah sebenarnya lebih utama dari menjaga fitnah terhadap diri sendiri sama ada melibatkan jawatan, keselesaan hidup, harta atau sebagainya.

    At-Taubah : 24

    Ayat ini menekankan tentang tuntutan agar mendahulukan Allah dan RasulNya serta jihad fisabilillah dari segala kepentingan duniawi sama ada keluarga, pekerjaan, perniagaan dan harta benda.

    PRINSIP ASAS DALAM FIQH AL-AULAWIYAT

    -Mendahulukan maslahah (kepentingan) agama dari maslahah diri sendiri dan duniawi.
    -Mendahulukan yang wajib dari yang sunat
    -Mendahulukan maslahah organisasi / jamaah dari maslahah individu
    -Menolak mafsadah (kemudharatan) didahulukan dari meraih maslahah.
    -Memilih mudharat yang paling ringan jika berlaku pertembungan antara dua mudharat.
    -Mendahulukan yang paling penting dari yang penting/ tidak penting/ kurang penting.
    -Mendahulukan penghayatan diri sebelum menyeru orang lain.

    FAKTOR YANG DAPAT MENJANA QIYADAH DAN ‘AMILIN YANG BERGERAK BERDASARKAN AL-AULAWIYAT.

    -Memiliki keikhlasan dalam amal, dakwah dan jihad
    -Mempunyai ilmu tentang fiqh al-aulawiyat
    -Mempunyai kesungguhan dan sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik.
    -Memahami dgn baik matlamat perjuangan : jangka pendek dan panjang.
    -Sentiasa memberi wala’ dan thiqoh kpd jemaah (organisasi) dan qiyadah yang lebih tinggi termasuk bersedia mematuhi arahan pada bila-bila masa.
    -Memahami polisi semasa yang ditetapkan oleh qiyadah dan jemaah.
    -Memahami fiqh amal jama’i dengan baik
    -Sentiasa mengkaji kewajipan semasa (wajibat al-asr) dan kewajipan waktu (wajibat al-waqti)
    -Sentiasa menghargai masa. Imam Hassan al-Banna : Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada.
    -Tidak memiliki tabiat suka menangguh tugas dan kerja
    -Sentiasa amanah dalam memikul tugas dan tanggungjawab, tidak culas atau mencari jalan untuk lari dari tanggungjawab.

    Sebagai contoh saya bawakan untuk lebih mudah difahami ialah:

    1- Apabila bertembung antara menyuarat persatuan dengan peperiksaan, maka apa yang kena aulakan ialah peperiksaan kerana mungkin mudharatnya lebih besar sekiranya kita meninggalkan peperiksaaan. Mungkin tidak dapat naik kelas, keputusan peperiksaan gagal dan sebagainya, dan akibatnya kita menjadi fitnah kepada persatuan.

    2- Anda sedang memandu kereta dengan penuh berhemat, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dipandu dengan kurang berhemat, lalu membuatkan anda hilang kawalan. Dalam masa yang sama seekor kucing yang sangat cantik berada di hadapan anda. Pilihan hanya dua, sama ada melanggar kucing yang comel atau melanggar pemandu motosikal tersebut. Sudah tentu pilihan yang tepat ialah melanggar kucing daripada melanggar pemandu motosikal. Kenapa? Cuba anda fikirkan nyawa manusia dengan nyawa binatang yang mana lebih utama.

    3- Contoh lain ialah antara kualiti dengan kuantiti, manakah yang lebih Aula atau  utama? Inilah beberapa contoh untuk difahami.

    PENUTUP

    Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna kpd para ’amilin/petugas Jamaah Ikhwan al-Muslimun :

    ”pembentukkan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu ;

    - kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh sebarang kelemahan
    - Kesetiaan yang sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.
    - Pengorbanan yang agung yang tidak mengenal erti tamak (untuk diri sendiri) dan kedekut.

    - Memahami prinsip, meyakininya dan memberi keutamaan kepadanya.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...