menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Saturday, March 11, 2017

    FUJISASH Dalam Kenangan

    Sudah hampir setahun aku meninggalkan Fujisash, tetapi kerinduan kepada fujisash itu akan tetap ada selamanya, kerana disitu aku mula berlajar menjadi seorang engineer, aku bermula dengan kosong sehingga aku kenal apa itu seoarang Engineer.
    Disitu bukan sahaja aku mengenal ilmu pekerjaan sebagai seorang Engineer tetapi aku mula belajar mengenal dunia yang penuh dengan cabaran ini, mula belajar dengan pelbagai jenis perangai orang berkerja. bak kata orang lengkaplah untuk membuat seperiuk gulai kerana semua perencahnya ada.
    tetapi macam mana pun perangai mereka walau buruk atau baik aku tetap menghargai mereka kerana mereka telah mengajar aku pelbagai pekara. aku tidak akan membenci mereka malah aku sudah menganggap mereka sebagai keluarga aku sendiri.
    Disini juga aku belajar akan ilmu dan pancaroba hidup didunia luar dengan berbekalkan duit sendiri sehingga kadang kala aku tidak mempunyai duit dan terpaksa berlapar sendirian.
    Fujisash dalam kenangan, sedih bila mengingatkan kembali kerana ianya tetah ditutup dan bukan aku yang berhenti kerja, nasib aku mungkin boileh dikatakan sangat bertuah kerana walaupon dibuang kerja aku masih boleh bekerja ditempat lain dengan gaji yang lebih mahal dari fujisash tetapi apakah nasib yang menimpa kepada sahabat sahabat yang lain, yang telah sekian lama bekerja di Fujisash keran ada yang sehingga kini telah hampir setahun ianya ditutup masih ada yang tidak bekerja lagi.
    sama samalah kita berdoa agar nasib mereka akan berubah menjadi lebih baik.
    sayang semua.. 





















































































    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...