menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Saturday, March 9, 2013

    Tiada Lagi Rahsia


    Setiap orang dari kita pasti punyai rahsia tersendiri dalam kehidupan kita. Banyak rahsia yang kita simpan sama ada seorang diri, dikongsi bersama keluarga atau dikongsi bersama sahabat rapat. Rahsia itu sama ada kecil atau besar dan sama ada kita suka berkongsi atau biarlah menjadi rahsia kita seorang sahaja.

    begitu juga dengan diri ini penuh dengan rahsia, dan berterus teranglah aku dengan orang aku memang jenis yang suka simpan rahsia orang tapi rahsia diri sendiri aku x pernah simpan seorang diri pasti ada yang tahu. aku memang jenis yang suka bercerita tapi sebelum aku berceritakan rahsia aku, aku akan uji dahulu seorang itu samaada seorang yang boleh bagi pandangan atau seorang yang hanya suka mengondemkan orang sahaja.

    Ramai sahabat2 yang kenal aku dan tahu rahsia aku antaranya Aizat, Badlyshah, Shahrul, Azlan, Nain, Lukman, Harith, Sabri, Ouis, Hasry, Zakuan, dan dua tiga orang lagi kerana bagi aku berkongsi itu tidak salah tapi harus tahulah siapa mereka itu sebelum berkongsi kehidupan kita. begitulah aku jika dikumpulkan semua sahabat aku ini dan dihimpunkan pasti rahsia kehidupan aku Terbongkar semuanya... (hahahaha ayat nak sedap ja)

    berbalik pada tajuk diatas kita, mengapa dan kenapa aku menulis tajuk ini? kalau sahabat2 menlihat slot Tanyalah Ustaz pagi ini 8/03/2013 pasti anda semua akan tahu. nak tahu lebih lanjut pergi cyber cafe bukalah laman sesawang www.tonton.com.my dan ulanglah balik slot Tanyalah Ustaz. disini saya ingin mengupas tajuk diatas berdasarkan perspeksi saya sendiri. dan yang mana salah tu jangan lah diikut, kalau nak tegur dipersilakan.

    hidup kita hanya sekali dan x ada duanya seperti sesetengah agama lain dan jika kita berbuat jahat dikehidupan ini kita pasti akan terpaksa membayar balik pada kehidupan akan datang. itu apa yang saya tahu lah kalau salah tolong betulkan.

    Riwayat al-Bukhari dan Muslim daridapa Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    Sesungguhnya Allah s.w.t. mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa yang berkeinginan (hamma) untuk melakukan kebaikan namun tidak jadi melakukannya, akan ditulis untuk kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukannya lalu ia benar-benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. Namun jika ia keinginannya lalu benar-benar melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan."

    fahamkah kita semua? bahawasanya ada seseorang yang kita tidak pernah berahsia denganNya dan sesekali tidah boleh berahsia denganNya. kerana Dialah Yang Maha Mengetahui segala tentang kita.
    dan siapakah Dia?
    Dialah


    fahamilah semua sahabat bahawa kita tidak pernah berahsia denganNya dan janganlah kita hanya dengan dialah kita akan berkongsi segala-galanya suka duka malu dan bangga. oleh itu bersamalah kita melakukan amal ibadat yang baik dalam kehidupan kita dan apabila kita terlajur dalam apa pun cepat-cepatlah kita untuk kembali sedar dan memohon keampunan dariNya.

    Hidup hanya sekali dan setiap apa yang kita lakukan didunia ini pasti akan dihisap diakhirat sana. 
    dan dalam firman ALLAH


    عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
    Maksud hadis :

    Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


    oleh itu marilah kita bersama-sama renungkan kembali kehidupan seharian kita..
    TIADA RAHSIA ANTARA KITA DAN ALLAH
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...