buat semua geng kawan
sambung balik dari day 1
kali nie aku rangkum semua skali
mudah sikit hahah
bukan nak mudah tapi
x sempat sebenarnya
x apa la
yang penting
ada juga kan
1st skali aku nak dahulukan tulisan hari ini untuk ucapan AL-FATIHAH buat semua sahabat kita yang berada di Mesir, x tahu apa lah kisah mereka?
yang selamat pulang tu alhamdulillah
yang belum sampai tu kita doakan mereka selamat sampai
tapi aku terbaca satu petikan dalam aktikel blog seseorang malam tadi
aku sedih sangat
kita kalau belaku pada rakyat asing sibuk sangat nak tolong
x kira mana2 org pun..
tapi bila kena rakyat sendiri
apa dah jadi beza faham politik jer
dah duk mengata mcm2... mcm nie ker perangai kita
orang Malaysia
aku x katalah semua orang
tapi segelintir yang x sedar diri tu....
sedah lah sikit..
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨)إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)
Maksudnya : "Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia." (Surah Hud ayat 118-119)
Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa: Allah Subhanahu wa Ta‘ala berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas satu agama, satu pendapat.Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain.
Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dimana mereka tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat” bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian" dan rahmat.