Ingin aku
bicarakan padamu..
Kau tiada di
sisiku..
Ingin aku
lontarkan emosi padamu..
Kau jauh dari
mataku..
Amat sukar
dicari apa itu sahabat
Inikan pula
sahabat sejati
Tetapi
sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula
mengerti siapa sahabat
Sahabat yang
sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira,
rasa hiba tiada dirasa
Jika ada
sahabat bersamaku
Dan kian
dewasanya aku
Aku bertemu
dengan lebih ramai Sahabat
Hidupku penuh
warna
Bagai pelangi
yang cantik coraknya
Menghiasi awan
biru kehidupanku
Aku hargai
setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Terima kasih
kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
Dari dulu,
kini dan hingga keakhirnya
Moga kita
sentiasa bersama hanya keranaNya
Sahabat..
Aku senantiasa
merinduimu di sana..
Aku sentiasa
mendoakan kebahagiaanmu di sana..
Aku sentiasa
ingin kau bahagia di sana..
Meski
berkali-kali khabar ku dengar bahawa hatimu derita..
Sahabat..
Yakinlah akan
dirimu..
Bahawasanya
Allah sentiasa bersamamu..
Jagalah Dia
dengan baik..
Agar Dia
menjagamu dengan baik..
Sahabat..
Jangan
sesekali kau bersedih hati sendiri..
Jangan
sesekali kau membawa jauh hatimu dari kami..
Jangan
sesekali kau ragui jalinan kita ini..
Jangan
sesekali kau pinggirkan kami dari hati..
Sahabat..
Buanglah
sangka negatifmu..
Buanglah
bisikan syaitan yang ingin melihat kita berpecah..
Buanglah ego
yang mengatakan kami semakin lupakanmu..
Buanglah
rasukan iblis yang ingin melihat kita jauh dari Allah..
Sahabat..
Aku hanya
mampu membelek memori kasih kita..
Yang tersusun
rapi dalam album di lappy ini..
Aku hanya
mampu tersenyum bahagia..
Dengan
harapan, semoga kau juga bahagia dan tersenyum di sana..
Ya..
Kerana aku
rindu..
Kerana aku
rindu..
Semoga rindu
yang mengalir ini adalah kerana-Nya..
Semoga rindu
ini kelak akan menemukan kita semula..
Semoga rindu
ini menghanyutkan kita ke arah mencari reda-Nya..
Aku kian
merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat
kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya
hanya bisa dikenang
Aku harap
kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka,
yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia
bersemi untuk selamanya sahabatku.
Ya Allah,
andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
andai dirinya
terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
andai tubuhnya
kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
Rindukan
jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah,
jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
Khusyukkan hatinya
dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
Berikanlah
kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.
Kubina
hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah.
Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan
walau itu menuntut pengorbanan.
"Kerana
Ukhuwah itu indah"
No comments:
Post a Comment