menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Saturday, January 29, 2011

    Nasyid oleh Hijjaz - Pelita Hidup

    "Pelita" by A.P.I

    balik tengok bola..

     pelik betul tajuk kali nie yer....
    pelik tapi benar inilah realitinya.
    saya sebenarnya nak mengupas sikit tanggung jawab kita dan peranan kita sebagai anak
     tiba2 syahdunya rasa hati ini bila berjaya jejakkan kaki dibumi KEDAH DARUL AMAN..
     sedikit perkongsian bersama,

    Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banya.

    Di dalam hadis-hadis disebutkan beberapa dosa besar yang dinyatakan oleh Nabi saw secara tertib:

    1. Mempersekutukan Allah
    2. Derhaka kepada dua ibubapa.
    3. Cakap bohong atau persaksian bohong

    Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:

    1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.
    2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
    3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
    4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
    5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'
    " Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
    6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
    7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
    8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
    9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
    10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.
    11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

    Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua, moga anak-anak zuriat kita dapat mengamalkan apa yang kita lakukan.
    baik buruk zuriat itu sedikit sebanyak pengaruh dari ibubapa itu sendiri..

    kembali kepada tajuk kita balik...
    iaitu balik tengok bola...
    nak tahu sebab apa gambar ini dapat menceritakan segaranya...
    hahahah
    x ada apa2 pun yang best
    tapi bagi aku tetap best
    KEDAH lawan T-TEAM malam nie
    dekat stadium darul aman
    pukul 8.45mlm
    jom ramai2 kita penuhkan stadium n jangan lupa sembahyang dulu k.
    i satu lg hope pasukan Kelantan dapat tumbangkan Selangor hahahahhaha
    belasah cukup2.. gomo kelate gomo..
    disini senarai perlawan hari ini.:




    LS 129 Jan 2011 (Sabtu)

    TuanrumahLwnPelawatVenue
    1Selangor vKELANTAN 8.45 mlm Std Shah Alam
    2TerengganuvSabah4.45 ptg Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
    3Kuala LumpurvPerak8.45 mlm Std Bolasepak KL, Cheras
    4Johor FCvKL Felda United FC4.45 ptg Std JCorp, Pasir Gudang
    5KedahvTerengganu PBDKT T-Team8.45 mlm Std Darul Aman, Alor Setar
    6Negeri SembilanvHarimau Muda 'A'8.45 mlm Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
    7PahangvPerlis8.45 mlm Std Darul Makmur, Kuantan

    Cuti Raya Cina

    assalamualikum semua...
    harap khabar baik la hendaknya...


    mari semua dengar celoteh saya hari ini...
    eh salah untuk 28/01/2011


    dari pagi tadi sibuk dengan kelas lepas tu assingment pula 
    lepas jumaat kelas balik
    x boleh aku ingat hari ialah kelas Heat Transfer En Yus
    best sangat boleh belajar Heat lebih pada 3 jam..
    ahhahahah
    x tahu la masuk x semua yg belajar petang tadi...
    tapi aku adalah juga dapat semangat petang tadi untuk belajar Heat Transfer
    kerana adalah juga yang aku faham..


    malamnya aku pergi dengar kuliah
    sampai kul 12 juga lah..
    best sangat
    ia menerangkan tentang perjuangan Rasulullah pada zaman Nabi s.a.w dahulu
    dan ianya sangat sesuai diaplikasikan pada setiap masa bukan terhad zaman dahulu sahaja..
    perjuangan ini banyak bukan kita berjuang dengan senjata jer
    belajar juga adalah perjuangan
    tapi perjuangan yang lebih penting bagaimana kita nak menegakkan ISLAM dalam diri kita dan juga dalam diri semua umat manusia pada zaman sekarang..
    apakah peranan kita untuk itu..
    dah buat ker mengikut suruhan Nabi s.a.w
    kalau belum jom kita belajar dan aplikasikan apa yang disuruh kita umat islam aplikasikan 
    APA ITU ISLAM...
    tegakkan ISLAM dalam diri kita..
    bukan susah pun 
    nak seribu daya x nak seribu dalih..





     surah Al-Insyirah, surah ke-94 
    *************
    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
    2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
    3. Yang memberati tanggunganmu,
    4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
    5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
    6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
    7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
    8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).




    sambung balik cerita kita...


    hari ini dah bermulah cuti tahun baru cina
    inilah kali pertama aku balik kg tetap tarikh cuti
    selalunya dah seminggu cuti baqu aku nak balik..
    biasalah org hebat katakan. hahahahha,


    apa2 pun aku rasa sangat happy nak balik kg
    rindu kat family aku yang dah lama x jumpa.
    syukur sangat dapat bersama keluarga aku kali ini selama seminggu.
    hope cuti lebih membuatkan aku berdikari dalam merealisasikan azam baru aku..


    disini juga aku nak ucapkan selamat tahun baru cina buat semua 
    geng cina aku sama ada di sek, POLIMAS, dan juga UTeM
    buat cikgu Lim Soo Ghay, Mrs Wong, Mrs Leong, Wong kah Yuew, Tang, Loke, Teh, Man Choong, Oii Kai Siang, Chai dan semua lah mamber2 cina..
    hope bahagia disamping keluarga n jangan lupa ang pow buat diri ini. ahhahahahha



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...