menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Thursday, March 7, 2013

    8 March

    hari ini baqu 7 march, tapi tajuk nie dia advance sikit. ahahah
    apa yang semua orang tahu apabila disebut tarikh 8march ini? pasti bermain difikiran kita bermacam-macam perkara dalam kotak fikiran kita. ada yang terfikir hari lahir siapa, siapa yang khawin x kurang juga peristiwa2 besar dalam dan luar negara kita. haaaaaa dah nak betul la tu...

    kira boleh masuk hari ini dalam sejarah la juga tarikh ini, peristiwa ini dah lama berlaku, tidak lebih dan tidak kurang dan memang ianya berlaku 5 tahun yang lalu 8 MARCH 2008 




    pejam celik -pejam celik rupanya sudah lima tahun peristiwa ini berlaku dan dalam masa yang terdekat ini peristiwa ini bakal berlaku lagi dan kita masih tidak tahu bilakah tarikhnya hanya PM sahaja yang tahu bilakah tarikhnya. banyak juga perkara yang berubah bagi diri ku itu tentang dua PILIHANRAYA ini dan yang paling pasti adalah KALI INI AKU BOLEH MENGUNDI itulah yang membuatkan hati ini terlonjak ketidaksabaran untuk mengundi..

    sedikit coretan dari aku pengalaman daripada pilihanraya 5 tahun yang lalu, pelbagai perkara yang berlaku semasa, sebelum dan selepas pilihanraya pada waktu itu. Alhamdulillah diri ini telah deberikan kesempatan untuk membantu salah satu parti politik yang bertanding pada waktu itu, banyak pengalaman yang berharga yang aku dapat. Bagi sesetengah orang politik hanya politik dan bila dah habis pilihanraya habislah politik dan bagi aku politik ini adalah yang berkaitan dengan masa depan kita, negara dan agama.

    semua ini tidak dapat dipisahkan dan jangan kata politik lain kita lain negara lain dan agama lain. Ianya adalah satu dan orang yang tidak faham sahaja yang akan mengatakan ianya lain. lihat parti itu dan lihat apa yang dibawa untuk kita, negara kita dan agama kita. dan jangan sampai semuanya tergadai oleh pendirian kita yang membezakannya.

    marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan apa yang berlaku dinegara kita sekarang dan ambil iktibar. lihatlah yang mana anda fikir yang terbaik pilihan kita adalah hak kita dan kita yang wajib untuk menentukannya dan yang saya minta2 sangat disini kepada sahabat semua kita sebagai rakyat Malaysia mendaftarlah sebagai pengundi kerana setiap undi kita amat berharga nilainya walaupun hanya satu undi dan jika semua orang berfikir seperti kita maka beratus dan beribu undilah ia.

    saya sebagai rakyat Malaysia yang mahukan keamanan dan kesahteraan kepada diri negara bangsa dan AGAMA menyeru rakyat semua untuk berfikir demi masa depan kita. jangan cuba untuk kita bataskan diri kita dengan politik kerana ianya amat penting dan orang yang berfikiran sempit jugalah yang menjadikan politik sebagai asbab pekara buruk kepada kita. jadi jangan didik diri anda dengan hal negative tapi positivekanlah diri..

    SELAMAT MENGUNDI SEMUA... :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...