menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Saturday, February 12, 2011

    adik-adik dan kakaknya...


    Peranan seorang kakak atau abang adalah melindungi adik-adiknya... 

    kakak : (dengan nada yang kasar) adik cepat lah jalan tu, kita dah lambat nie.

    adik : (sembil mengheret begnya) kejaplah kakak adik penat nie, dah la berat beg nie, akak kita rehat jap leh 
              x?

    kakak : (sambil kembali keadiknya) adik... bagi akak bawa beg tu, tapi kita jalan terus ya nanti kita lambat
                 pula nak masuk kelas.

    adik : (sambil tersenyum) terima kasih kakak. ok jom la kita pergi...

    begitulah bertapa sayangnya seorang kakak kepada adiknya, sanggup buat apa sahaja demi adiknya. kita macam itu kah? apa yang kita dah lakukan untuk adik2 kita? saya sarankan renungkan kembali dan fikirkan apakah yang adik kita sedang buat sekarang?.

    saya menulis hal ini kerana ada sesuatu yang saya nampak masa makan tengahhari hari ini. bertapa sayangnya kakak kepada adiknya, apabila balik sekolah sanggup menggalas tiga buah beg, satu begnya dan dua beg dua orang adiknya yang pada masa itu dah nampak sangat kepenatan belajar disekolah. sanggup seorang kakak buat begitu demi adiknya. menitis air mata ini bila kenangkannya kembali. teringat akan adik2 saya yang jauh dimata tapi dekat dihati..

    saya juga nak berkongsi cerita dengan anda semua tentang saya dan adik saya nie. kami berbeza umur cuma dua tahun. dahulu masa kami kecil kemana saja saya ada pasti dia pun ada bersama dah x leh nak dipisahkan kami berdua. apa yang saya ada pasti dia pun ada juga. walaupun kami bukan dari keluarga yang kaya tapi alhamdulillah segala keperluan kami mencukupi. dan pada sautu hari berlaku satu peristiwa. adik saya nie kan mengekor jer kemana saya pergi. hari itu kami berada diumah nenek kami, kami bermain di rumah hadapan pada saya melintas tu adik saya tertinggal dibelakang dia melintas lambat sedikit tetapi nasibnya malang apabila ditimpa kemalangan kakinya patah. dia berada dihospital selama sebulan dan ayah yang mengjaganya. saya dan ibu berulang alik setiap hari kehospital, walaupun jarak yang jauh kami sanggup pergi kalau x saya dah x ada kawan. sebelum saya punyai kawan yang ramai adik sayalah kawan saya. saya sayang adik saya. begitu juga dengannya dan apabila saya dah mula masuk kesekolah dia juga ingin kesekolah. pada hari pertama saya masuk kesekolah ayah yang menghantar dan adik bersama ibu saya. ketika ibu sedang masak didapur adik kuar umah, nasiblah kawan ayah yang berjumpa dengannya dan kawan ayah bertanya kepadanya " adik nak kemana nie" tahu apa yang dijawapnya. "saya nak kesekolah abg" begitulah kuatnya ikatan kami berdua walaupun ketika itu adik saya dah bertambah lagi dua orang. selepas hari itu ayah menghantarnya kesekolah tadika. saya tidak pun pernah kesekolah tadika tapi terus ke darjah satu. tapi semua itu dah berlalu kami berada di haluan masing2, walaupun kami jarang berjumpa dia tetap adik saya selamanya bersama dua lagi adik saya. saya berjanji walau apa yang berlaku saya tetap akan menjaga mereka.


    inilah adik2 saya...

    tapi kita dapat melihat pada zaman sekarang entah mengapa adik beradik pun nak bergaduh. kita dah lalui bermacam macam bersama tapi bila dah besar masing2 dengan hal sendiri x ada yang nak bertegur sapa kalau nak jumpa pun masa hari raya tu pun dah susah bila kawin. silap2 masak mak ngan ayah mati baru nak berjumpa adik beradik balik.. tambah pula lepas tu berebut harta keluarga lagilah bergaduh besar pula. ish2 apa nak jadi ya.  bersamalah kita hindari pekara ini dari berlaku pada kita. berdoalah moga kita antara insan yang terhindar dari semua ini. kembalilah kita merenung masa lalu kita bersam adik beradik kita. fikir2kan.
    sampai disini dulu yer, sekian wassalam.
    jangan sampai berlaku perselisihan antara kita.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...