menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Wednesday, March 6, 2013

    KCC 2984

    PELIK TAPI BENAR..
    tapi inilah hakikat, bagi semua orang ini adalah perkara biasa sahaja tapi bagi aku aku amat bertuah kerana benda inilah sebahagian daripada perjalanan hidup aku.
    lahir dari keluarga yang begitu susah dan setiap benda itu amat berharga bagi diri ini, diri ini tidak sebertuah orang lain, tapi aku amat bersyukur dengan apa yang telah ALLAH aturkan dalam perjalanan hidup aku ini. hidup yang penuh dengan liku tapi banyak pengalaman yang begitu berharga. ahhahahaha

    disini, pada hari ini dan diwaktu ini aku ingin berkongsi dengan semua orang mengenai KCC 2984



    inilah periwa aku, pewira yang sentiasa ada disisiku dimana jua aku berada dan aku sangat menyayangimu. bagi sesiapa yang tidak tahu apakah jenis KCC 2984 ni, boleh lah untuk cuba teka? 
    ini bukanlah Panamera atau Lamborgini, bukan juga CBR2000 atau FZ tetapi ini hanyalah


    Bagi orang lain ia hanyalah sebuah motosikal EX5 yang hanya boleh dibawa dengan kelajuan yang paling laju pun 105Km/H tapi biarlah apa pun orang nak cakap itu mulut mereka dan ini pula kisah cerita aku.
    aku ingin berkongsi kisah kejayaan aku bersama EX5 aku ini, dia juga tersenarai dalam orang yang berbakti dalam rentetan perjalanan aku sebagai seorang pelajar dan kini aku berkerja dia masih setia pada yang satu. huhuhu... poyos ja ayat..

    EX5 saya nie hebat hampir seluruh negeri di semenanjung Malaysia dah dia jalan Dari Utara sampai keselatan Perlis, Kedah, Penang, Perak, selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang, semua tempat telah dilalui. jatuh bangun semua telah aku rasai bersama motor ini. itulah yang menyebabkan aku bertambah sayang akan motor ini.

    InsyaALLAH jika diizinkanNya aku akan setia dengan motor ini dan tidak akan menjualkannya, kasih sayang yang berputik antara kami bagaikan buih dilautan.. ahahha (nak muntah rasa) 

    Kenangan yang paling aku tidak dapat lupakan bersama motor ini adalah pada waktu yang aku berulang dari Pahang ke Melaka melalui Kuala lumpur sepatutnya empat jam perjalanan telah menjadi terlalu lama kerana berlaku kerosakan pada motor ini tapi Alhamdulillah dia tidak meragam ditengah jalan tapi rosak apabila sampai dirumah. sayang motor.. :)
    motor ku ini juga pernah lumpuh keseluruhan dan masuk bengkel selama seminggu, pada waktu itu kurasakan seperti orang yang patah kaki, hanya berada dirumah tanpa boleh keluar kemana-mana.. terasa kehilanganmu EX5..

    Kini aku telah bekerja dan kau masih setia bersama aku dan selagi kau berdaya kita akan tetap masih bersama.. bersulam kasih tapi kali ini kita bukan berdua lagi tapi BERTIGA... jeng3..
    sekian   :)

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...