menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Tuesday, February 1, 2011

    Kedah menang


    wa la wei...
    saja jer sambil study Heat Transfer nie
    nak tambah satu wall post..
    sikit jer
    nak bg tahu keputusan bola malam nie
    apa lagi Liga Super Malaysia la...
    Kedah menang oiiiii
    tu ja nak bg tahu..
    ahahhahaha
    mejoriti hari ini semua pasukan tuan rumah menang
    kecuali Perlis n T-Team yang kelah kepada lawan masing masing
    berikut adalah keputusan penuh

    KEDAH                           1   0          FELDA UNITED
    KUALA LUMPUR          1   0          SABAH
    T TEAM                           1   3          NEGERI SEMBILAN
    KELANTAN                    1   1         TERANGGANU
    PERAK                            1   0          JOHOR FC
    H MUDA A                      3   1          PAHANG
    PERLIS                            0   2           SELANGOR

    dengan ini kedudukan liga tidak banyak berubah

    1. NEGERI SEMBILA
    2. KELANTAN
    3. KUALA LUMPUR
    4. KEDAH
    5. HARIMAU MUDA
    6. PAHANG
    7. SELANGOR
    8. TERANGGANU
    9. PERAK
    10. JOHOR FC
    11. FELDA UNITED
    12. SABAH
    13. T TEAM
    14. PERLIS

    kita tunggu la keputusan lepas nie pula. bagaimana kedudukan kedah
    sekian wassalam

    p/s  x sabaq nak tengok kedah lawan selangor....

    Terangganu

    Alhamdulillah
    habis suda LTDL
    tahniah kepada semua pemenang, buat atlit MALAYSIA hope boleh berjaya pada edisi yang akan datang
    x semestinya gagal tahun ini tahun depan x boleh berjaya
    inilah senarai pemenang LTDL tahun ini...


    STAGE 10 - Results Summary
    UITM Shah Alam - Kuala Lumpur (Loop) 01 February 2011
    Issued: 01 Feb 2011, 16:14
    Stage1: Guardini,Andrea (Farnese Vini - Neri Sottoli)
    2: Forster,Robert (United Healthcare Pro Cycling)
    3: Manan,Anuar (Terengganu ProAsia Cycling)
    Overall
    Overall1: Monsalve,Jonathan (Androni Giocattoli)
    2: Nino Corredor,Libardo (Le Tua Cycling Team)
    3: Sella,Emanuele (Androni Giocattoli)
    Leading Asian Riders
    Leading Asian1: Emami,Rahim (Azad University Cycling Team)
    2: Askari,Hossein (Tabriz Petrochemical Team)
    3: Gong,Hyosuk (Korea National Team)
    Points
    Points1: Guardini,Andrea (Farnese Vini - Neri Sottoli)
    2: Manan,Anuar (Terengganu ProAsia Cycling)
    3: Shpilevsky,Boris (Tabriz Petrochemical Team)
    Mountains Competition
    Mountains1: Monsalve,Jonathan (Androni Giocattoli)
    2: Emami,Rahim (Azad University Cycling Team)
    3: Timmer,Albert (Skil Shimano Cycling Team)


    bukan ini yang menjadi topik sebenar aku hari ini.
    berkenaan tajuk pada atas hari ini
    tadi baru jer dengar berita dari TV3
    dia cakap ada perbincangan antara menteri sukan, menteri besar terangganu dan pengarah LTDL.
    dan ada dia cakap LTDL tahun depan adalah untuk permulaan di negeri Terangganu dan berakhir d Terangganu.
    aku bukan x puas hati apa, biaq la nak buat kat mana pun bukan aku ada kaitan pun dengan aku
    betul x?
    tapi sebagai rakyat Malaysia yg menjadi TUAN RUMAH LTDL aku akan menyuarkan walaupun ianya baru ditahap perbincangan
    kita nak promosi Malaysia yer
    sekali lagi MALAYSIA
    maknanya semua negeri dalam Malaysia adalah terlibat.
    x patutlah negeri Terangganu sahaja yang dapat keutamaan walaupun aku tahu Terangganu dah ada pasukannya sendiri
    negeri lain pun x buat mcm tu walaupun ada pemain handalannya sendiri,
    kita nak harumkan nama Malaysia ok
    sekali lagi MALAYSIA.
    oleh itu fikir2kanlah wahai semua sahabat yer....
    semoga semuanya selamat...
    wassalam.

    kemelut Kaherah Mesir vs Torres ke Chelsea

    gah apabila kita mendengar tajuk hari ini..
    dah la semalam x ada coretan.
    cakap jer nak sambung sg tiang day 2
    x per doakan insyaALLAH malam nie saya akan rangkumkan day 2 & 3 jer.
    kita kembali kepada tajuk pagi ini.
    kemelut Kaherah Mesir apa yang berlaku.
    kita sebagai seorang yang terpelajar seharusnya peka pada perkembangan dunia.
    kita harusnya mengambil tahu apa yang berlaku didunia ini.
    kemelut yang semakin meruncing ini.
    apakah tindakan kita
    satu saja ku pinta doakan untuk keselamatan sahabat kita disana agar selamat.
    moga semuanya selamat.






    terus pula pada perpindahan Torres ke Chelsea
    itu lah sesautu yang amat mengejutkan semua peminat bula sepak terutamanya
    peminat Liverpool. apakah yang agaknya berlaku erk?
    aku pun x tahu...
    tapi aku teringat sepupu aku nie.
    mesti dia sedih gila yer
    aku ada pernah baca blognya ari tu
    dia tulis pasal liverpool
    dia akan tetap mengokong liverpool walaupun liverpol kalah teruk season ini.
    n dia amat berharap satu hari dapat berjumpa pemain liverpool iaitu Torres..
    Torres dah pindah ini, mcm mana erk harap2 x pula dia pindah pasukan p Chelsea pula yer.
    hahhahhaa
    mcm2 yer, pelik aku tengok..
    x pa yang penting Liverpool dah dapat dua pemain baru...
    x penting dah kot Torres tu.. hahhahahah






    dah habis pun cerita aku nie..
    x adalah
    aku rasa baru bermulanya cerita sebenar apa yang aku nak tulis dalam blog aku nie..
    yang sebenarnya aku nak tulis pasal berita ini..




    nak cerita tentang ini lah
    tentang airel peterpan ni
    apa cerita sebenar disebalik semua ini.
    kita dapat lihat rakyat indonesia yang beragama islam
    membantah dan ramai peminatnya juga membantah
    tapi ini adalah tentang hukuman apabila kita melakukan kesalahan mengikut islam


    Pengertian Zina

    Ulama di kalangan Mazhab Maliki mentakrifkan zina itu ialah persetubuhan seorang mukallaf yang dilakukan dengan sengaja pada kemaluan perempuan anak Adam yang sama sekali bukan miliknya.
    Manakala Al-Shirazi, seorang ulama dalam Mazhab Shafi’e mentakrifkan zina dengan katanya : Apabila seorang lelaki dari kalangan penduduk Negara Islam menyetubuhi seorang perempuan yang diharamkan ke atasnya, iaitu tanpa wujud di antara keduanya akad yang sah atau akad yang syubhah (samar), tanpa wujud milik yang sah atau milik yang syubhah (samar), dan lelaki itu pula seorang yang berakal, baligh dan melakukan perbuatan itu dengan pilihannya, tahu tentang pengharamannya, maka wajiblah ke atasnya hukuman had. Jika dia seorang yang muhsan maka wajiblah ke atasnya hukuman rejam.
    Berdasarkan takrif di atas terdapat beberapa unsur untuk mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan zina. 



    Pertama, persetubuhan yang diharamkan. 
    Kedua, dilakukan dengan sengaja dan ketiga dilakukan oleh orang yang cukup mukallaf.

    Pertama : Persetubuhan Yang Diharamkan
    Maksud persetubuhan ialah perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj atau kubul sekurang-kurangnya tenggelam kadar hasyafah (iaitu kepala zakar) atau kadar seumpamanya jika hasyafahnya sudah terputus. Tidak kira sama ada keluar mani atau tidak, atau berlaku dengan tindakan lelaki yang memasukkan zakarnya ke dalam faraj perempuan atau tindakan perempuan memasukkan zakar lelaki ke dalam farajnya.
    Justeru tidaklah dianggap zina jika perbuatan-perbuatan yang berlaku adalah di luar faraj seperti berkucup, berpeluk, berkhalwat, memasukkan zakar di antara kedua-dua belah peha atau bercumbuan di luar faraj. Cuma ia merupakan perbuatan yang di larang dan maksiat serta mukaddimah kepada zina yang mana pelakunya boleh dikenakan hukuman ta’zir.
    Menurut Imam Abu Hanifah, persetubuhan yang diharamkan dan dianggap sebagai zina itu ialah yang berlaku menerusi faraj atau kubul. Dengan kerana itu persetubuhan melalui dubur sama ada kepunyaan lelaki atau perempuan tidaklah dikira sebagai zina kerana perbuatan itu dinamakan liwat. Lagi pun kesan daripada perbuatan liwat tidak sampai melahirkan keturunan berbanding dengan zina. Justeru pelakunya hanya boleh dikenakan hukuman ta’zir sahaja.
    Tetapi jumhur ulama-ulama di kalangan Mazhab Maliki, Shafi’e dan juga Hanbali menganggap persetubuhan melalui dubur itu sama seperti persetubuhan menerusi faraj yang wajib dijatuhkan hukaman had. Al-Quran telah menyamakan kedua-dua perbuatan ini. Antaranya firman Allah SWT kepada kaum Lut,
    انكم لتأتون الفاحشة
    Maksudnya : Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji. (Al-‘Ankabut : 28)
    Dan firmanNya lagi,
    واللاتى يأتين الفاحشة من نسائكم
    Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu (An-Nisa’ : 15)
    Dalam surah Al-‘Ankabut ayat 28, Allah SWT menyebut persetubuhan haram melalui dubur adalah keji, kemudian dalam surah An-Nisa’ ayat 15, Allah SWT menyebut persetubuhan haram melalui faraj juga adalah keji. Ini menunjukkan kedua-dua perbuatan ini adalah sama taraf.
    Hujah ini dikuatkan dengan dalil sepotong hadis,
    اذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان واذا أتت المرأت المرأة فهما زانيتان
    Maksudnya : Apabila seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki maka kedua-duanya adalah penzina dan apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka kedua-duanya juga adalah penzina.
    Bagaimana pula jika persetubuhan itu dilakukan ke atas orang yang sudah mati yang bukan pasangan suami isteri? Menurut Imam Abu Hanifah dan sebahagian pendapat Mazhab Shafi’e dan Hanbali, perbuatan itu tidak dianggap zina, Cuma pelakunya dikenakan hukuman ta’zir. Manakala sebahagian ulama di kalangan Mazhab Shafi’e, Hanbali dan Maliki berpendapat, perbuatan seperti itu dianggap zina yang wajib dijatuhkan hukuman had zina, malah ia dipandang lebih buruk daripada perbuatan zina kerana menjejaskan kehormatan mayat.
    Bagaimana pula jika persetubuhan itu dilakukan pada kemaluan binatang ? Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tidak menganggapnya sebagai zina, tetapi ia adalah satu maksiat yang boleh dijatuhkan hukmuan ta’zir sahaja. Manakala dalam Mazhab Shafi’e mempunyai dua pendapat, salah satunya sama seperti pendapat Imam Abu Hanifah. Pendapat kedua, ia dikira sebagai zina dan pelakunya hendaklah dihukum bunuh dalam semua keadaan berdasarkan kepada sebuah hadis yang berbunyi,
    ومن أتى بهيمة فاقتلوه واقتلوها معه
    Maksudnya : Sesiapa yang menyetubuhi binatang maka hendaklah kamu membunuhnya dan membunuh binatang itu bersama-sama nya.
    Kedua : Dilakukan Dengan Sengaja
    Maksudnya ialah apabila seseorang lelaki itu benar-benar mengetahui bahawa perempuan yang disetubuhinya itu bukan isterinya atau perempuan yang disetubuhi itu mengetahui bahawa lelaki yang menyetubuhinya ialah lelaki yang bukan suaminya sedangkan mereka mengetahui bahawa perbuatan bersetubuh itu adalah haram.
    Berdasarkan ini, bermakna orang yang berzina dengan sengaja tetapi mereka tidak tahu tentang hukum haramnya zina disebabkan jahil, mungkin kerana faktor baru masuk Islam atau tinggal berjauhan daripada masyarakat Islam, maka tidak bolehlah dikenakan hukuman had ke atasnya. Namun, zaman sekarang alasan jahil adalah mustahil untuk diterima , kerana pengharaman zina bukan sahaja telah diketahui oleh orang-orang Islam malah juga orang bukan Islam.
    Jika seorang lelaki mendapati seorang perempuan di atas katilnya, pada sangkaannya perempuan itu adalah isterinya, lalu dia menyetubuhinya, tiba-tiba baru dia tahu bahawa perempuan itu adalah ajnabinya maka dia tidak boleh dikenakan hukum had zina kerana dia tidak berniat sengaja untuk melakukan zina.
    Akan tetapi mengikut Mazhab Hanafi, bahawa pasangan suami isteri yang telah lama berkongsi hidup adalah tidak munasabah untuk tidak mengenali pasangan masing-masing walaupun mereka buta sekali pun kerana masing-masing boleh mengenal pasangan masing-masing samada melalui rasa, bau, suara dan nafas. Oleh itu menurut Mazhab Hanafi, orang yang melakukan persetubuhan tersalah pasangan tidak terlepas daripada hukuman had zina.
    Bagaimana kedudukan seorang lelaki yang dipaksa melakukan zina ? Jumhur ulama berpendapat dia tidak dikenakan hukuman had zina. Manakala ulama di kalangan Mazhab Hanbali mengatakan dia wajib dikenakan hukuman had zina. Ada pun seorang perempuan yang dipaksa melakukan zina atau diperkosa, seluruh jumhur berpendapat dia tidak akan dikenakan hukuman had zina.
    Ketiga : Dilakukan Oleh Orang Yang Mukallaf
    Pesalah-pesalah zina itu tidak boleh dikenakan hukuman had kecuali jika mereka memenuhi syarat-syarat berikut :

    1. Baligh. Oleh sebab itu kalau kanak-kanak lelaki yang belum baligh melakukan zina dengan perempuan dewasa ia tidak boleh dikenakan hukum had zina tetapi hendaklah dikenakan hukuman ta’zir sekiranya kanak-kanak itu sudah mumaiyiz. Ada pun perempuan tersebut, menurut Imam Syafi’e hendaklah dikenakan hukuman had zina.
    2. Berakal, ertinya orang gila yang berzina terlepas daripada hukuman had zina. Jika salah seorang penzina berakal maka hukuman had zina hanya akan dilaksanakan ke atas yang berakal sahaja.
    3. Islam, maksudnya jika yang berzina itu orang kafir maka dia terlepas daripada hukuman had zina. Tetapi menurut Mazhab Shafi’e dan Hanbali, sesiapa sahaja berzina sama ada orang Islam atau bukan Islam dia boleh dikenakan hukuman had zina. Tetapi jika seorang kafir yang sudah berkahwin berzina dengan pasangannya yang beragama Islam, sikafir hanyalah dikenakan hukuman sebat seratus kali sebatan sahaja, tidak direjam sampai mati, melainkan sikafir itu memaksa perempuan Islam berzina dengannya maka dia akan dikenakan hukuman mati.
    Wallahulam.

    Rujukan,
    1. Undang-Undang Jenayah Islam – Dr. Mat Saat Abd Rahman
    2. Jinayah Dalam Islam – Dr. Mahfodz Mohammad




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...