menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Monday, March 4, 2013

    CINTA


    apakah yang bermain diminda kita apabila kita menyebut perkataan CINTA. Pasti ramai yang akan terbayangkan cinta antara seorang lelaki  dan perempuan, ya itu memang benar dan boleh saya katakan disini  bahawasanya tidak cukup sifatlah seorang itu apabila ianya tiada perasaan cinta kepada jantina yang berlainan dengannya. Begitu jugalah saya, tidak dapat lari dari lumrah hidup ini yang diciptakan ALLAH untuk manusia.

    disini ingin saya berkongsi sedikit mengenai kisah percintaan. Percintaan antara kita dengan ALLAH dan kisah cinta antara kita dengan RasulNya. satu perkongsian yang ringkas dan akan membuatkan kita merenungkan kembali siapa diri kita dan setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita ini.

    cuba sahabat semua pandangan keindahan hutan dibawah ini, 


    jika kita amati berkali-kali pasti kita akan dapat melihat dari lubang hati kita bertapa indahnya ciptaan dunia ini, dan setiap kejadian itu pasti ada sebab kenapa ianya dijadikan, bukan untuk kita tetapi mungkin amat berharga untuk orang yang paling kita sayang.

    merenung kembali setiap ciptaanNya saya ingin mengajak semua untuk kita renungkan kembali siapakah yang menciptanya, mencipta dengan setiap bentuk yang berlainan tetapi keindahannya sama cantik. inilah ciptaan ALLAH. begitu juga ciptaan ALLAH terhadap diri kita manusia, mempunyai rupa, perangai dan bentuk yang berbeza tapi samanya kita mempunyai akal untuk berfikir.

    pernah tidak kita memikirkan apakah tujuan kita dilahirkan didunia ini? adakah hanya untuk sebuah perjalanan sebelum kita kembali kepada tanah semula? atau untuk sebuah tujuan yang cukup indah kepada kita. marikah kita bersama-sama untuk memikirkan apakah sebab kita dilahirkan didunia ini.

    ALLAH telah berfirman yang "Aku(ALLAH) lahirkan manusia kedunia ini sebagai Khalifah" Khalifah untuk mentadbir dunia ini, dan betullah apa yang berlaku sekarang kita didunia ini sebagai seorang khalifah. tetapi cukupkah khalifah kita itu? nescaya tidak kalau kita tidak berpandukan kepada ALQURAN dan HADIS seperti yang telah diperintahkan kepada Muhammad dan umatNya.

    Persoalannya adakah dengan kita mencintai ALLAH dan Rasul cukup untuk kita mencapai keredaanNya. bagi saya "YA" ini kerana apa bila kita mencintai seseorang itu kita akan lakukan apa sahaja demi untuknya dan itulah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada ALLAH dan RasulNya.

    Bersama-samalah kita saling ingat dan memperingati satu sama lain bahawa kita seharusnya mencintai ALLAH dan Rasul kita. supaya kita tidak lari dari landasanNya. kita tidak seharusnya lagi mempertikaikan siapa kita dihati RasuluLLAH dan ALLAH dengan bukti yang cukup kuat kita dapat lihat didepan mata kita ini tetapi persoalah siapa RasuluLLAH dan ALLAH dihati kita. 

    ADAKAH
    sama seperti kita mencitai kekasih kita?
    sama seperti kita mencitai ibubapa kita?
    sama seperti kita mencinta harta benda kita?
    sama seperti kita mencintai diri kita? 

    Bersamalah kita renungakan kembali, peringatan ini adalah peringatan untuk diri ini dan sama2lah kita ambil ianya sebagai satu tanda aras dalam hidup kita, dan kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
    jangan lupa untuk sentiasa beristifar dan berzikir memuji kekuasaanNya.
    sekian

    HOLIDAY VILLA


    selama 14 hari berkursus di Holiday Villa dan Klana Resort.
    banyak pengalaman yang amat berharga aku dapat dan ramai kawan-kawan baru
    terima kasih semua..
    doaku semoga kita bertemu diSyurgaNya.. amin.. :)
















































































































































































































































    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...