menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Tuesday, March 5, 2013

    TujuH aka 7

    Assalamualaikum
    apa khabaq semua? diharapkan semua sihat hendaknya. apa yang anda sedang lakukan ketika ini? setiap kita pasti ada aktiviti yang berlainan bukan. dan semua aktiviti itu tidak lain tidak bukan untuk memuaskan hati kita. begitulah apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita ini.

    disini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya baca pada majalah SOLUSI keluaran ke 53 dan pada sesiapa yang sudah membacanya pasti akan tahu hal ini terlebih dahulu. disini saya ingin berkongsi tujuh perkara yang sesiapa memeliharanya, dia akan menjadi orang yang mulis di sisi ALLAH dan di hadapan malaikat dengan pekara berikut


    • Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih dilautan
    • Merasa nikmat ketikat amelakukan ketaatan
    • Hidup dan mati dalam kebaikan
    Tujuh perkara tersebut :-

    1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesautu perkara
    2. mengucap Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesautu
    3. Beristighfar setiap kali melakukan perkara yang tidak bermanfaat
    4. Melafazkan InsyaALLAH apabila berjanji tentang sesautu hal
    5. Membaca hawqalah (la hawla wa la quwwata illa billa) setiap kali melihat sesautu yang tidak disukai
    6. Mengucap inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji'un) pada setiap musibah
    7. Melafazkan Syahadah pada waktu siang dan malam
    jika diamatikan kembali tujuh perkara diatas adalah perkara yang telah ibubapa kita ajarkan selalu kepada kita sejak kita kecil lagi. tetapi biasalah kita manusia susah untuk mengamalkannya itulah juga termasuk diri ini sendiri.

    mulai dari saat ini bersama-samalah kita ambil serba sedikit ibrah dari semua ini untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Insya ALLAH setiap yang baik itu pasti akan mendapat pertolongan daripadaNya.
    bersamalah kita untuk usahakannya.. :)

    sekian...
    smile always..

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...