menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Thursday, February 3, 2011

    day 2,3 & 4

    assalamualaikum


    buat semua geng kawan
    sambung balik dari day 1
    kali nie aku rangkum semua skali
    mudah sikit hahah
    bukan nak mudah tapi
    x sempat sebenarnya
    x apa la
    yang penting
    ada juga kan
    1st skali aku nak dahulukan tulisan hari ini untuk ucapan AL-FATIHAH buat semua sahabat kita yang berada di Mesir, x tahu apa lah kisah mereka?
    yang selamat pulang tu alhamdulillah
    yang belum sampai tu kita doakan mereka selamat sampai










    tapi aku terbaca satu petikan dalam aktikel blog seseorang malam tadi
    aku sedih sangat
    kita kalau belaku pada rakyat asing sibuk sangat nak tolong
    x kira mana2 org pun..
    tapi bila kena rakyat sendiri
    apa dah jadi beza faham politik jer
    dah duk mengata mcm2... mcm nie ker perangai kita 
    orang Malaysia
    aku x katalah semua orang
    tapi segelintir yang x sedar diri tu....
    sedah lah sikit..





    وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلا يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ (١١٨)إِلا مَنْ رَحِمَ رَبُّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لأمْلأنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ (١١٩)

    Maksudnya : "Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan manusia." (Surah Hud ayat 118-119)

    Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa: Allah Subhanahu wa Ta‘ala berkuasa untuk menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas satu agama, satu pendapat.Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian, maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat antara satu sama lain.

    Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, dimana mereka tidak berbeza pendapat.  “Tidak berbeza pendapat” bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka, “perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu “kepelbagaian" dan rahmat.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...