Tanggal 17 Disember 2012 dengan rasminya aku telah lari dari bidang yang aku ambil semasa aku belajar dekat Universiti aritu.. :) walaupun hakikatnya aku telah lari dari bidang yang belajar semenjak awal habis belajar dari UTeM lagi. tapi ini dengan Officialnya.. hahahah p/s suka ka?
kini aku bergelar seorang Pengurus Pusat Internet 1Malaysia
sebuah medium jalur lebar yang mendekatkan masyarakat yang kurang berkemampuan dengan dunia yang serba moden ini.
Walaupun ini bukan bidang yang aku belajar, tetapi aku telah mengatur berbagai agenda untuk berjaya dalam bidang pekerjaan ini. bukan hanya untuk membuatkan masyarakat kampung tahu menggunakan internet tapi masyarakat kampung juga dapat membuka mata tentang apa yang berlaku didalam negara kita sekarang ini.
tapi paha hari dan ketika ini matlamat itu hampir gagal tercapai kerana orang lain telah lebih awal menggunakan kemudahan ini untuk POLITIK kotor mereka. Fahamlah semua ini adalah hak anda dan anda berhak untuk menggunakannya, jangan sampai kita melukut dinegara sendiri. akhirnya kita yang rugi sendiri.
InsyaALLAH pada 15hb Febuari ini saya akan pergi berkursus untuk menjadi seorang Pengurus yang berkaliber, bersamalah kita majukan negara kita demi maruah kita sebagai rakyat yang inginkan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment