alhamdulillah
akhirnya jejak juga ana di final first ana berada d UTeM ini.
moga final ini hasilkan yang terbaik buat ana pada semester ini
dan akan menjadi pendorong kejayaan ana di bumi Hang Tuah ini.
buat teman seperjuangan semua moga kejayaan ini menjadi titik mula untuk kita menghadapi cabaran yang mendatang bukan menjadi titik noktah untuk kita.
walau susah pun perjuangan kita, jangan sekali kali kita mundur,
pantang kalah sebelum berjuang.
doa dan tawakal kepada Ilahi juga perlu dalam perjuangan kita ini,
jangan hanya usaha tapi tiada doa dan tawakal kepadaNya, kerana
dari dia kita datang dan kepada dia kita kembali
sememangnya kita berserah setelah usaha yang kita lakukan.
hidup ini umpama sebutir pasir dipantai yang luas,
kitalah yang berusaha untuk menyinar diantara jutaannya
macam mana untuk kita bersinar didalam kelompok yang ramai
itulah yang dicari semua manusia kini,
jika kita berjaya menemui jalan itu, kitalah orang yang amat beruntung itu,
tapi jangan lupa semua sahabat ana, kita punyai kelebihan untuk menyinar,
tapi jangan lupa semua sahabat ana, kita punyai kelebihan untuk menyinar,
gunakanlah kelebihan itu. jangan kita persiakannya.
apa kelebihan itu?
ALLAH kelebihan kita.
tapi manusia sekarang sering alpa dengan keduniaan
jika gagal baru teringatkanNya
tapi pada waktu itu tiada guna lagi
seringlah kita amalkan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya
bukan mudah untuk kita lakukan itu semua sendirian
kita perlukan sokongan,
oleh itu wahai sahabat semua
pandailah kita mencari teman yang dapat membuatkan kita mengigatiNya,
bukan semua kawan kita baik
tapi diantara mereka mesti ada yang baik
buatlah pilihan anda sekarang.
SELAMAT BERFINAL UTeM
No comments:
Post a Comment