Setiap orang sedikit sebanyak pasti terdetik didalam hati untuk menjadi orang yang dikenali. apabila kita dikenali kebanyakkan kerja dalam kehidupan seharian kita akan menjadi lebih mudah dari selalu kerana ada sahaja orang yang akan menghulurkan bantuan kepada kita.
Apabila ditanya siapakah Siti Nurhaliza, Leino Messi, Mariah Carrie, Ziana Zain, Faizal Tahir? pasti semua orang tahu, kerana meraka adalah antara golongan yang Popolar di Malaysia ini. Ramai lagi yang Popular disini termasuklan menjadi seorang Wakil Rakyat pasti ramai yang akan mengenalinya.
Tidak dapat dinafikan mereka memang Popular tetapi kita yang mengenali meraka haruslah jangan terlalu mengagung-agungkan mereka. Jika kita rasa hebat sangat kenalkan kita pada syiekh Mohd Abduh, Syiekh Hassan Al Banna? mereka adalah ilmuan islam yang harus kita kenal kerana ada pepatah yang menyatakan ALLAH dan Rasul sayang kepada Ulama dan jika kita sayang Ulama, ALLAH dan Rasul akan sayang kepada kita.
Sebagai seorang islam kita harus menjadikan orang yang paling popular dalam hati kita adalah Rasulullah, dan jangan hanya berkata pada mulut sahaja tetapi tidak pada hati dan perbuatan. ini kerana kita dengan mata kasar sahaja sudah dapat tahu siapakah yang sayang kepada Rasul dengan HATI, MULUT dan PERBUATAN. Jadilah kita insan yang paling dekat dengan ALLAH dan Rasul.
Setiap hari kita membaca dan mendengar berita tentang kematian sama ada orang yang dekat dengan kita dan orang kita tidak kenal dan dikalangan yang meninggal itu adalah datang dari pelbagai golongan umur, ada yang dari bayi sampailah kepada yang tua. dan yang pasti diseluruh dunia ini pasti setiap masa akan ada berlaku kematian hanya kita sahaja yang tidak tahu. dan PERSOALAN DISINI ADAKAH KITA TIADA DALAM GOLONGAN UMUR MEREKA ITU?
Bercakap tentang kematian dan mengikut kepada tajuk kita diatas, saya ingin mengaitkan tentang diri kita dan persedian kita untuk menghadapi saat kematian kerana kita tidak tahu bilakah masanya kita akan meninggal. dan yang lebih UTAMA kita ingin menjadi INSAN POPULAR disisi ALLAH kerana bagi penulis itulah yang amat penting dalam kehidupan.
Sebagai insan yang kerdil lagi banyak dosa ini hendaklah kita selalu bertaubat kepadaNya kerana dalam sedar atau tidak banyak yang telah kita lakukan. tidak banyak sedikit. Penulis menyeru kepada diri Penulis dan semua agar kita sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi insan yang paling POPULAR disisi ALLAH kerana kepadaNya kita akan kembali dan kita tidak Mengetahui bila kita akan kembali. Mengikut kata pepatah
"Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan Beramalah kamu seperti kamu akan Mati pada hari ESOK"
sama-samalah kita renungkan..
sekian,
smile alway.. :)
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
Monday, March 18, 2013
Saturday, March 16, 2013
SENDIRIAN
bagi sesetengah orang sedirian adalah lebih baik dari berkumpulan. kerana lebih banyak privacy untuk membuat sesautu keputusan itu. dan sendirian kita bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan seseorang yang lain. keputusan untuk melakukan sesautu secara sendirian adalah sesautu yang hanya kita sahaja yang tahu dan orang lain tidak perlu tahu..
untuk anda yang memilih bersendirian lihatlah hukam alam ini yang memerlukan kita tidak bersendiri, iaitu lelaki perlu kepada perempuan, menghasilkan kereta perlu kepada kelengkapannya, pelajar perlu kepada guru untuk mendapatkan ilmu,
begitu juga didalam kehidupan kita sebagai seorang islam ALLAH telah berkata jemaah itu lebih baik dari sendirian, seperti solat jemaah lebih banyak pahalanya dari solat sendirian,
entri sebenar untuk maksud dari tajuk diatas, saya ingin membicarakan tentang sikap kita sebagai seorang muslim, ramai antara kita yang menganggap jangan menjaga tepi kain orang lain, biarlah dia apa yang dia nak buat, masuk syurga asing-asing, masuk kubur lain-lain.
apa yang saya ingin katakan disini sikap kita sebagai ibu bapa. kita sebagai ibu bapa haruslah menjaga keluarga kita, sebagai seorang ayah kitalah ketua keluarga dan setiap apa yang telah dilakukan oleh ahli keluarga kita adalah tanggungjawab kita.
sesetengah apa yang kita dapat lihat anak remaja sekarang, ramai yang membiarkan anak mereka mengamalkan cara hidup yang bebas, bak kata orang "mengikut peredaran zaman" janganlah kita sampai menjeratkan diri kita sendiri dengan apa yang kita lakukan kepada ahli keluarga kita.
anda harus bertanggungjawab untuk anak anda.
teguran yang saya ingin buat ini adalah peringatan untuk diri kita sendiri dan peringatan sesama umat islam dimuka bumi ALLAH ini. ramai yang ibu bapanya kaki masjid tapi anak2nya dibiarkan seperti tidak punya agama, dengan cara pemakaian dan cara hidup. maaf jika terasa dengan apa yang cuba saya sampaikan ini. jangan hanya kita sendirian yang nak masuk syurga dan berharap sautu hari nanti anak kita akan berubah. ada juga yang berkata dia juga mcm tu dulu lama2 berubah la tu. tapi ingatlah semua sahabat hidup kita hanya ALLAH sahaja yang tahu bila akan sampai kepenghujungnya.
jadi sama2lah kita renungkan, anak kita yang kita tatang seperti minyak yang penuh telah menarik kita masuk keneraka. sedih dengan setuai yang berlaku sekarang kerana kita mengharap hanya kepada masa tapi kita sudah tahu yang masa nyawa kita hanya ALLAH sahaja yang tahu.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berubah menjadi yang lebih baik. bukan untuk kita menjadi alim ulama tetapi berubah kepada yang lebih baik...
"YA ALLAH sesungguhnya aku tak layak untuk syurgaMu tapi tak sanggup aku untuk masuk nerakaMu"
Nabi kita yang telah dijamin masuk kesyurga juga masih beribadat kepada ALLAH siang dan malam, ini apatah lagi kita yang sering kali tersilap..
sekian dari saya, harap kita ambil ikhtibar dari apa yang berlaku disekeliling kita..
smile always... :)

Wednesday, March 13, 2013
APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan
kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu
untuk menelefon kita?
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi
tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih
ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah
diberitahu! jangan minum
ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam.
Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah
hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan
peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang
setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke
sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah
kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk
mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan
akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan
nya..ayah pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan
menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa
"Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri
kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama
cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan
badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga.
Monday, March 11, 2013
Melepaskan Ego
Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri. Ego merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai kesalahan moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain. Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
Ego ini menjadi persoalan serius ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan sebagai kenikmatan.Akibatnya, segala macam cara digunakan oleh orang yang ego ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok, walaupun menyebabkan orang lain menderita. Asal dirinya bahagia sahaja.
Itulah EGO..
Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa? Seperti tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena? Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.
Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?
Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati. Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini. Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskan takabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
Buanglah prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindari prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri dari hati.
Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik. Jika anda ingin meraih cita-cita, buatlah diri anda menjadi ideal. Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka jadikan diri anda sendiri lebih bernilai. Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi. Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
Jika anda ingin dicintai pasangan hidup kita, maka buatlah diri kita menjadi orang yang mencintainya lebih lagi. Mungkin kita akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah berikan yang terbaik, meskipun itu tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran. Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati dalam mengawal ego peribadi diri kita. Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!
Sunday, March 10, 2013
Salam Kehidupan
Buat semua Sahabat Kopiahhijau
tika ini saat ini perjalanan hidup kita ada yang sama dan ada yang berlainan haluan
tapi kita tetap sama iaitu patuh dan tunduk kepadaNya..
kerana Dialah kita ada diatas muka bumi ini..
seiring perjalanan kita yang kian jauh menghala arah tujuan masing2
kuhulurkan doa agar kita dapat bertamu kembali
dengan penuh rahmat dariNya..
dengarkanlah lagu ini khas buat semua sahabat2 Kopiahhijau yang amat saya rindu.
kiat semua sama dihapanNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)