menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Friday, October 9, 2009

    PILIHAN ANDA

    Bukan lama sekejap cuma lagi
    semalam pengundi pos dah kuar mengundi

    hujung minggu ini semua rakyat bagan pinang,
    akan membuat pilihan mereka?
    siapakah pilihan anda?
    apakah betul piliha anda?
    bersediakah pilihan anda untuk berbakti kepada anda?
    anda? negeri? negara? agama?




    sebelum anda semua kuar untuk mengundi,
    fikirlah, fikirlah, fikirlah....
    bukan hanya untuk anda sahaja
    tapi buat
    agama, negara, keluarga, bangsa, dan sahabat2 kita.

    betulkan yang atau

    ini cuma nasihat saya buat semua yang akan keluar mengundi
    fikirlah alquran selalu menasihatkan kita untuk memilih sesautu itu untuk mencapai islam yang sebenar, islam yang adil yang memberi kita tahu mana yang betul dan mana yang tidak betul

    selamatkah kita? jika hanya memilih untuk kepentingan kita yang sementara sahaja,
    kerana ia tidak akan membawa kita kemana, hanya disini, sini dan sini..
    islam menganjur untuk kita berubah walaupun hanya sejengkal,
    adakah kita pernah cuba untuk berubah?

    akhir penulisan ini buat semua pengundi....
    jangan sia-siakan undi anda
    jangan fikir satu undi itu tidak bererti
    kerana satu itulah dunia bakal berubah.
    selamat mengundi












    LukIsaN aLam

    setiap manusia pasti suka akan ketenangan

    bukan mudah untuk mencari damai dalam hati,


    makluk ini juga suka akan kedamaian.
    ingin sedikit saya berkongsi akan kedamai yang sering kita cari,
    cuba sahabat2 renung gambar2 ini





    indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa
    cukup membuatkan kita damai dihati
    cubalah kita bersama-sama mencari sebuah kedamaian yang abadi
    di dunia ini.
    apakah itu damai yang abadi dalam hidup kita ini?


    semestinya kita tunduk dan patuh kepada Yang Esa.
    tapi bagaimana?
    bersamalah kita menunaikan segala perintaNya dan menginggalkan segala laranganNya.


    tapi mudahkah kita untuk melakukan itu semua?
    pasti ia menjadi satu cabaran yang amat berat buat mereka yang mula mengenal Islam
    tapi pada kita yang beragama islam bagaimana?


    untuk kita melakukan sesautu itu sangat berat buat yang selalu menginggalkan perintahNya
    wahai sahabat dan rakan semua,...
    sama-samalah kita saling membantu untuk kita tidak mudah alpa dalam melakukan perintahNya.
    peringtan ini buat insan kerdil milik ALLAH ini dan juga semua sahabat
    salinglah kita tegur-menegur sesama kita


    mahukah kita lihat ini berlaku dalam hidup kita ini bagaimana ini berlaku seperti itulah yang berlaku apabila kita alpa akan segala perintahNya





    besama kita renung dan fikir-fikirkan
    bila lagi kita nak berubah

    Tuesday, September 8, 2009


    sangupkah kita seorang remaja bertindak seperti ini?

    wahai sahabat bersediakah engkau untuk berjuang......
    bukan untuk itu tapi untuk merubah diri kita
    menjadi seorang yang lebih baik dari kita yang lalu
    berjuanglah demi islam tercinta.......


    Lambungan ombak api menyimbah cakaran-cakaran langit itu. Semuanya tenggelam ditimang bahang cairan logam pekat. Aku panik. Aku panjat tangga ke tingkat atas dan memijak keping-keping bumbung. Bangunan itu meruntuh laju. Aku berlari ke hujung genting, lompat ke bangunan lain. Arakian gugur jua ia seperti lainnya. Dan di bangunan terakhir, aku terduduk. Pasrah. Tersedu-sedu aku menangis berdoa meminta petunjuk untuk menyelamatkan diri.

    Aku terbangun.

    Istighfar sepanjang nafas bersedut hembus. Habis lecun bantalku dengan air mata dan tubuh bermandi peluh. Aku bermimpi rupa-rupanya. 0230. Sepertiga malam. Sesejuk wudhu’ masih belum membilas peluh. Sepanjang minggu aku termangu termenung. Apa gerangan semua ini? Apa sebenarnya yang ingin Kau tunjuk Ya-Rabbi?

    ***

    “Datang sahabat nabi yang sudah terbakar tubuh belakang, bertanyakan Rasulullah SAW; mengapa tidak Allah timpakan saja mereka (penentang dalam perang) dengan kekalahan?” -petikan kisah sirah di zaman perang oleh Abang ZZ (bukan nama sebenar).

    “Bayangkan, itu sahabat nabi yang sudah tubuh belakangnya terbakar hangus, baru dia bersuara bertanyakan sebegitu. Kita yang duduk, baring, makan, tidur ; layakkah kita mempersoalkan tentang soal kemenangan?” Abang ZZ bersuara lantang. Kata-katanya benar-benar menikam kalbu.

    Aku sedikit menangis. Sudah sedikit meleleh, tapi ku tahan juga dengan gelak tawa dek senda gurau Abang ZZ. Bimbang muslimah di sana nampak aku lelaki yang segagah ini sedang menangis. Biasalah. Ego seorang lelaki.

    ***

    Sekembali ke rumah, “Mimpi bertemu Rasulullah SAW dot mp3 ” jadi santapan. Entah berapa juta kali ku putarkan di iTunes.

    “Wahai sepatu, sudah banyak kau berjasa pada Baginda. Kau menjaga kaki kekasih Allah ke mana saja. Tapi aku.. aku… uhuk-uhuk..” getaran tangis Ustaz Harun Din itu membuat aku turut esak.



    malam lailatur qadar satu saat yang amat bermakna buat kita semua...
    malam seribu malam
    setiap hamba ALLAH yang beriman kepadanya pasti menanti saat ini,
    kita sebagai salah seorang hambanya janganlah biarkan ianya terlepas begitu sahaja,
    mari kita bersama-sama sahabt kita yang lain mencari saat malam ini
    andai ia menjadi milik kita, alangkah indahnya kita merasa saat itu,
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...