Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
Wednesday, January 15, 2014
DATANG dan PERGI
Ianya datang tanpa diminta
ianya pergi kita kita masih mahu mengenalinya
perit terasa dijiwa
kiteka saat ini ianya bagaikan melupakan kita begitu sahaja
bukan minta untuk dihargai
tapi cukuplah sekadar diingati
tanda pertemuan kita berdua
bukan terhenti disini sahaja
luahan rasa rindu ini
buat semua sahabat saya
agar kita masih bererti
walau dimana kita berada
terguris rasa hati ini
terasa sayu hati ini
waktu kita ketemu kembali
aku seperti tidak kau kenali
puasi rindu ini
hanya buatmu
insan yang paling aku sayangi
sahabat rinduku utuskan untukmu
Monday, December 30, 2013
DUA PULUH ENAM
Kenapa banyak bencana terjadi pada 26 haribulan?
Assalamualaikum!
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:
Adakah kita sedari...???
Acheh
Tsunami
26-12-2004,
Jogja
Gempa
26-05-2006
Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010
Guru MerapiMeletus
26-10-2010
Jambatan Tenggarong
Samarinda ,
Indonesia Runtuh
26-09-2013
2 Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan
Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di
Manila untuk digantikan dgn shopping mall!!
Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb
Adakah ini satu kebetulan??
Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juzuk ke: 26
Allah SWT telah berfirman
Mafhumnya:
"sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi,
laut dan darat".
Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!
Jika sudi..
Sampaikanlah berita ini kepada hamba Allah yg lain..
sumber: facebook
Satu fakta nombor yg menarik untuk kita fikir-fikirkan:
Adakah kita sedari...???
Acheh
Tsunami
26-12-2004,
Jogja
Gempa
26-05-2006
Tasik, Jawa Barat
Gempa
26-06-2010
Guru MerapiMeletus
26-10-2010
Jambatan Tenggarong
26-09-2013
2 Bulan lalu pada tarikh 26 Okt.
Taufan Haiyyan diutus Allah SWT untuk menunjukkan kekuasaan Nya kepada seluruh rakyat Filipina yg telah merobohkan "Rumah Nya" di
Mengapa semua ini
Berlaku pada tarikh 26hb
Al-Quran Juzuk ke: 26
Allah SWT telah berfirman
Mafhumnya:
Biar mereka semua tahu bahawa Mu'jizat Allah itu ada !!!
sumber: facebook
Monday, December 23, 2013
Fiqh Aulawiyat
Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada para
pembaca sekalian..
Sering kali dalam kehidupan seharian, kita dipaksa untuk
membuat satu pilihan antara dua atau lebih perkara yang berlaku serentak. Kecil
atau besar, penting atau santai.. perkara2 yg datang ini kadang2 menyebabkan
kita berfikir panjang, dan sesetengah pula kita boleh membuat pilihan on the
spot.
“Nak makan kat cafe ke nak bungkus??”
“Nak pi main ke nak lepak kat bilik??
“Nak study bio ke math??”
“Nak pi meeting PSC ke nak pi Counter Strike Tournament
eh??”
Dalam gerakan dakwah juga, sering para ‘amilin berhadapan
dengan dilemma sebegini. But worries no more.. Islam sendiri mempunyai satu
garis panduan yang jelas bagi membantu, saya, anda, kamu dan mereka bagi
membuat pilihan yang lebih baik.
Aplikasi Fiqh Aulawiyat di kalangan qiyadah dan ‘amilin.
Fiqh -> kefahaman yang mendalam
Al-Aulawiyat -> pengutamaan / prioriti
Fiqh Al-Aulawiyat : pemahaman ttg perkara yg menjadi
prioriti dalam kerja,
amalan, dakwah, jihad, gerakan dan sebagainya. Dasarnya
adalah mendahulukan yang penting dari yang tidak penting dan mendahulukan yang
lebih penting dari yang kurang penting.
KEPENTINGAN FIQH AL-AULAWIYAT
Allah meminta kita melakukan yang terbaik dalam hidup kita.
Firman Allah swt dalam surah al-Mulk yang bermaksud :
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi
orang yang bertaubat)” –al-Mulk :2-
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah mencintai jika seorang kamu melakukan
suatu amalan, ia lakukannya dengan sempurna dan rapi”
(Riwayat Imam al-Baihaqi daripada Saidatina ’Aisyah r.a)
Dalam satu2 gerakan dakwah, ia amat penting untuk memastikan
segala perancangan kita menjurus kepada matlamat dan tanfiz (pelaksanaan) yang
dibuat adalah yang terbaik.
Kata Said Hawa : “ Kita dalam marhalah ini memerlukan kepada
cara pelaksanaan yang bijaksana pd setiap peringkat melebihi dari keperluan
kita kepada semata-mata pelaksanaan. Kerana itu kami menyeru kpd setiap muslim
agar meningkatkan penguasaan ilmu dan saqafahnya, rohaninya dan
pengkhususannya. Begitu juga kami menyerunya agar memantau lapangan amalan yang
dilibatnya, sebagaimana kami juga menyeru jemaah (organisasi) Islam supaya
membuat tinjauan yang menyeluruh terhadap lapangan antarabangsa dan tempatan
kerana yang demikian itu akan mengajak kepada pelaksaan yang baik ”
(Jundullah Tahtitan, halaman 61-62)
DALIL PENEKANAN KEPADA FIQH AL-AULAWIYAT
At-Taubah : 19 – 20
(menekankan keutamaan jihad dan iman dari amalan-amalan
sunat biasa)
At-Taubah : 49
Ayat ini menurut ulamak turun berkenaan seorang lelaki
(al-Jaddu bin Qies) yang memohon dari Rasulullah saw agar dikecualikan dari
menghadiri Perang Tabuk (perang melawan orang Rom) kerana bimbang terjatuh
dalam fitnah hawa nafsu kerana melihat wanita-wanita cantik dari bangsa Rom.
Ayat ini merupakan tempelakan kepada orang yang mengutamakan fitnah terhadap diri
sendiri daripada fitnah terhadap agama dengan meninggalkan jihad. Menjaga
fitnah terhadap agama adalah sebenarnya lebih utama dari menjaga fitnah
terhadap diri sendiri sama ada melibatkan jawatan, keselesaan hidup, harta atau
sebagainya.
At-Taubah : 24
Ayat ini menekankan tentang tuntutan agar mendahulukan Allah
dan RasulNya serta jihad fisabilillah dari segala kepentingan duniawi sama ada
keluarga, pekerjaan, perniagaan dan harta benda.
PRINSIP ASAS DALAM FIQH AL-AULAWIYAT
-Mendahulukan maslahah (kepentingan) agama dari maslahah
diri sendiri dan duniawi.
-Mendahulukan yang wajib dari yang sunat
-Mendahulukan maslahah organisasi / jamaah dari maslahah
individu
-Menolak mafsadah (kemudharatan) didahulukan dari meraih
maslahah.
-Memilih mudharat yang paling ringan jika berlaku
pertembungan antara dua mudharat.
-Mendahulukan yang paling penting dari yang penting/ tidak
penting/ kurang penting.
-Mendahulukan penghayatan diri sebelum menyeru orang lain.
FAKTOR YANG DAPAT MENJANA QIYADAH DAN ‘AMILIN YANG BERGERAK
BERDASARKAN AL-AULAWIYAT.
-Memiliki keikhlasan dalam amal, dakwah dan jihad
-Mempunyai ilmu tentang fiqh al-aulawiyat
-Mempunyai kesungguhan dan sentiasa berfikir untuk melakukan
yang terbaik.
-Memahami dgn baik matlamat perjuangan : jangka pendek dan
panjang.
-Sentiasa memberi wala’ dan thiqoh kpd jemaah (organisasi)
dan qiyadah yang lebih tinggi termasuk bersedia mematuhi arahan pada bila-bila
masa.
-Memahami polisi semasa yang ditetapkan oleh qiyadah dan
jemaah.
-Memahami fiqh amal jama’i dengan baik
-Sentiasa mengkaji kewajipan semasa (wajibat al-asr) dan
kewajipan waktu (wajibat al-waqti)
-Sentiasa menghargai masa. Imam Hassan al-Banna : Kewajipan
lebih banyak dari masa yang ada.
-Tidak memiliki tabiat suka menangguh tugas dan kerja
-Sentiasa amanah dalam memikul tugas dan tanggungjawab,
tidak culas atau mencari jalan untuk lari dari tanggungjawab.
Sebagai contoh saya bawakan untuk lebih mudah difahami
ialah:
1- Apabila bertembung antara menyuarat persatuan dengan
peperiksaan, maka apa yang kena aulakan ialah peperiksaan kerana mungkin
mudharatnya lebih besar sekiranya kita meninggalkan peperiksaaan. Mungkin tidak
dapat naik kelas, keputusan peperiksaan gagal dan sebagainya, dan akibatnya
kita menjadi fitnah kepada persatuan.
2- Anda sedang memandu kereta dengan penuh berhemat,
tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dipandu dengan kurang berhemat, lalu
membuatkan anda hilang kawalan. Dalam masa yang sama seekor kucing yang sangat
cantik berada di hadapan anda. Pilihan hanya dua, sama ada melanggar kucing
yang comel atau melanggar pemandu motosikal tersebut. Sudah tentu pilihan yang
tepat ialah melanggar kucing daripada melanggar pemandu motosikal. Kenapa? Cuba
anda fikirkan nyawa manusia dengan nyawa binatang yang mana lebih utama.
3- Contoh lain ialah antara kualiti dengan kuantiti, manakah
yang lebih Aula atau utama? Inilah
beberapa contoh untuk difahami.
PENUTUP
Memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna kpd para
’amilin/petugas Jamaah Ikhwan al-Muslimun :
”pembentukkan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan
sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau
sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki
jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu ;
- kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh
sebarang kelemahan
- Kesetiaan yang sejati yang tidak mengenal erti kompromi
dan pembelotan.
- Pengorbanan yang agung yang tidak mengenal erti tamak
(untuk diri sendiri) dan kedekut.
- Memahami prinsip, meyakininya dan memberi keutamaan
kepadanya.
Friday, May 3, 2013
HATI
Jika sesautu itu berkait dengan hati,
ia adalah sesautu perkara yang paling rumit sekali..
tetapi ianya akan menjadi mudah jika kita meletakkan hati kita dekat dengan Pencipta kita..
jika kita berbincangan tentang hati dan perasaan
inilah selalunya membuatkan seseorang itu akan kecundang
tidak mahu menunding jari kepada sesiapa.
ianya telah berlaku kepada diri sendiri
kadangkala kita akan merasakan hidup kita ini cukup sempurna
tapi bila datang akan kepada kita sedikit kesusahan
semua dipersalahkan, tiada lagi rasa syukur dalam diri kita
hakikat yang paling sukar untuk kita terima
bermulanya sebuah perjalanan hidup mungkin kita akan merasakan akan kepayahannya
tapi dipertengahannya terelitlah seribu macam perasaan suka dan duka
apabilanya akan berakhir rasa duka akan menjadi utama didalam hati kita
laluilah liku hidup ini dengan hati yang terbuka
jangan kita berlebihan dalam setiap perkara
beredehanalah dalam hidup kerana
mungkin kita akan terlalu kecewa
jika ianya menjadi sebuah hakikat yang tidak seperti kita harapkan
akulah aku dan tidak mungkin aku akan menjadi orang lain
dan tidak mungkin aku akan berubah
untuk orang lain
kerana ketentuan yang masih belum pasti dihadapannya
tetapi aku harus berubah
berubah demi masa depan aku
untuk aku tidak terus dalam sebuah realiti yang sempit
akan menjadi goyah kerana hati yang diluka
biarlah kita yang melukan hati kita sendiri
kerana kita yang akan bisa untuk merawat hati kita
kerana tiada siapa yang bisa memahami kita kecuali kita..
berserahlah dirimu kepada Pencipta
kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk dirimu
diri yang perlu akan sebuah perhargaan
walaupun kau tersiksa..
AKU SAYANG RINDU KAMU..
Tapi aku sendiri yang menimbulkan rasa yang aku tahu
tidak pasti dia begitu
simpanlah rindu didalam hati yang paling dalam
luahkan hatimu untuk Penciptamu..
Wednesday, April 3, 2013
SAYANG
Perkataan sayang adalah satu perkataan yang sering kita
ucapkan dan tidak kira diusia manapun kita perkataan ini sering menjadi mainan
dibibir kita.. percaya atau tidak itulah hakikatnya. dan ianya ada dalam
pelbagai cara dan bentuk serta ungkapan untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Dalam diri setiap anak-anak Adam, Allah s.w.t telah bekalkan
pelbagai bentuk perasaan. Perasaan ini bersifat rohaniah dan tempatnya adalah
di dalam hati. Maha Suci bagi Allah s.w.t dengan kuasa maha hebatnya
menciptakan sekeping hati yang kecil itu dapat menyimpan rasa kasih sayang yang
pelbagai.
Paling utama sayang kita kepada Pencipta kita, rasul kita,
ibu bapa kita, sahabat kita, isteri kita, binatang, alam sekitar dan pelbagai
lagi jenis kasih sayang yang wujud didalam kita, dan perasaan sayang itu juga
tidak terbatas kepada manusia sahaja tetapi wujud dalam diri binatang dan alam
sekitar.
Sejarah juga telah membuktikan betapa hebatnya kasih sayang
antara para sahabat. Betapa mendalam dan ikhlasnya kasih sayang yang
ditunjukkan. Ini dapat dibuktikan melalui pengorbanan sahabat-sahabat
Rasulullah s.a.w terhadap baginda. Hingga nyawa juga bukan halangan demi
membuktikan kecintaan serta sokongan mereka terhadap Rasulullah s.a.w dalam
menegakkan Islam.
Aplikasi perasaan saying pada hari ini paling utama apabila
disebut perkataan itu pasti semua orang akan membayangkan percintaan antara
sepasang kekasih. Ianya sudah jauh menyimpang dari maksud yang sebenar walaupun
adalah juga kena mengena sikit.
Ingin saya jelaskan perasaan SAYANG itu adalah sesautu yang
amat berharga jika kita dapat mentafsirnya dengan bijak. Jadilah seorang muslim
yang cerdik untuk kita saying kepada agama kita dahulu kerana dari itu akan
terbitlah segala perasaan saying yang sentiasa dibertaiNya dan ianya akan
membuatkan kita berasa tenang dan aman dengan perasaan SAYANG ini.
Akhir kata dari saya saya amay menyayangi anda semua..
Smile always… J
Subscribe to:
Posts (Atom)