menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Friday, May 3, 2013

    HATI


    Jika sesautu itu berkait dengan hati,
    ia adalah sesautu perkara yang paling rumit sekali..
    tetapi ianya akan menjadi mudah jika kita meletakkan hati kita dekat dengan Pencipta kita..

    jika kita berbincangan tentang hati dan perasaan
    inilah selalunya membuatkan seseorang itu akan kecundang
    tidak mahu menunding jari kepada sesiapa.
    ianya telah berlaku kepada diri sendiri

    kadangkala kita akan merasakan hidup kita ini cukup sempurna
    tapi bila datang akan kepada kita sedikit kesusahan
    semua dipersalahkan, tiada lagi rasa syukur dalam diri kita
    hakikat yang paling sukar untuk kita terima

    bermulanya sebuah perjalanan hidup mungkin kita akan merasakan akan kepayahannya
    tapi dipertengahannya terelitlah seribu macam perasaan suka dan duka
    apabilanya akan berakhir rasa duka akan menjadi utama didalam hati kita

    laluilah liku hidup ini dengan hati yang terbuka
    jangan kita berlebihan dalam setiap perkara
    beredehanalah dalam hidup kerana
    mungkin kita akan terlalu kecewa
    jika ianya menjadi sebuah hakikat yang tidak seperti kita harapkan

    akulah aku dan tidak mungkin aku akan menjadi orang lain
    dan tidak mungkin aku akan berubah
    untuk orang lain
    kerana ketentuan yang masih belum pasti dihadapannya

    tetapi aku harus berubah
    berubah demi masa depan aku
    untuk aku tidak terus dalam sebuah realiti yang sempit
    akan menjadi goyah kerana hati yang diluka

    biarlah kita yang melukan hati kita sendiri
    kerana kita yang akan bisa untuk merawat hati kita
    kerana tiada siapa yang bisa memahami kita kecuali kita..

    berserahlah dirimu kepada Pencipta
    kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk dirimu
    diri yang perlu akan sebuah perhargaan
    walaupun  kau tersiksa..

    AKU SAYANG RINDU KAMU..
    Tapi aku sendiri yang menimbulkan rasa yang aku tahu
    tidak pasti dia begitu
    simpanlah rindu didalam hati yang paling dalam
    luahkan hatimu untuk Penciptamu..


    Wednesday, April 3, 2013

    SAYANG


    Perkataan sayang adalah satu perkataan yang sering kita ucapkan dan tidak kira diusia manapun kita perkataan ini sering menjadi mainan dibibir kita.. percaya atau tidak itulah hakikatnya. dan ianya ada dalam pelbagai cara dan bentuk serta ungkapan untuk meluahkan perasaan sayang itu.

    Dalam diri setiap anak-anak Adam, Allah s.w.t telah bekalkan pelbagai bentuk perasaan. Perasaan ini bersifat rohaniah dan tempatnya adalah di dalam hati. Maha Suci bagi Allah s.w.t dengan kuasa maha hebatnya menciptakan sekeping hati yang kecil itu dapat menyimpan rasa kasih sayang yang pelbagai.

    Paling utama sayang kita kepada Pencipta kita, rasul kita, ibu bapa kita, sahabat kita, isteri kita, binatang, alam sekitar dan pelbagai lagi jenis kasih sayang yang wujud didalam kita, dan perasaan sayang itu juga tidak terbatas kepada manusia sahaja tetapi wujud dalam diri binatang dan alam sekitar.

    Sejarah juga telah membuktikan betapa hebatnya kasih sayang antara para sahabat. Betapa mendalam dan ikhlasnya kasih sayang yang ditunjukkan. Ini dapat dibuktikan melalui pengorbanan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w terhadap baginda. Hingga nyawa juga bukan halangan demi membuktikan kecintaan serta sokongan mereka terhadap Rasulullah s.a.w dalam menegakkan Islam.

    Aplikasi perasaan saying pada hari ini paling utama apabila disebut perkataan itu pasti semua orang akan membayangkan percintaan antara sepasang kekasih. Ianya sudah jauh menyimpang dari maksud yang sebenar walaupun adalah juga kena mengena sikit.

    Ingin saya jelaskan perasaan SAYANG itu adalah sesautu yang amat berharga jika kita dapat mentafsirnya dengan bijak. Jadilah seorang muslim yang cerdik untuk kita saying kepada agama kita dahulu kerana dari itu akan terbitlah segala perasaan saying yang sentiasa dibertaiNya dan ianya akan membuatkan kita berasa tenang dan aman dengan perasaan SAYANG ini.




    Akhir kata dari saya saya amay menyayangi anda semua..
    Smile always… J

    Friday, March 29, 2013

    HATI TERLUKA



    Kita semua adalah makhluk Allah yang cukup istimewa. Ditakdirkan Allah mempunyai sifat dan kerenah yang pelbagai. Bergaul dengan masyarakat akan menemukan kita dengan ramai orang. Ada yang sekepala, ada pula yang sebaliknya. Ada yang kita boleh terima, ada yang kita rasa menyampah. Namun, satu perkara yang harus kita sedari, fitrah seorang manusia. Tiada yang hidupnya penuh dengan kebaikan tanpa sebarang cela. Tiada pula yang dapat lari dari membuat kesilapan. Bergaul dengan mereka memang menuntut kesabaran, lebih-lebih lagi mereka yang tidak sekepala dengan kita.

    Hadis Ibn Umar R.A, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu“(HR At-Tarmizi & Ibn Majah)
    Kita rasa kita sudah cukup sabar dengan kerenah seseorang. Tapi pernahkah kita teliti, berapa ramai pula yang lagi banyak menahan sabar dengan kerenah kita?

    Kita rasa kita sering mengalah dengan kawan-kawan. Tapi pernahkah kita mengambil tahu, berapa banyak yang kawan-kawan telah mengalah dengan kita?

    Kita rasa diri dipergunakan bila seseorang hanya menggunakan kita untuk kepentingan dirinya sendiri. Kita hanya dicari sewaktu bermasalah sahaja. Tapi pernahkah kita mengira, berapa ramai yang telah kita ambil kesempatan terhadap kebaikan mereka?

    Akhirnya, kita kembali kepada titik hakikat yang asal. Kita dan mereka sama sahaja. Masing-masing punya perangai dan sifat berbeza. Masing-masing susah untuk menerima sesuatu yang  berbeza dengan mereka. Maka, salah Allahkah pula yang mentakdirkan manusia bersifat demikian?

    Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.(HR Muslim)

    dibawah ini ada beberapa cara untuk kita menghilangkan rasa marah, tersinggung, ianya akan membuatkan kita sentiaa bersabar dengan apa pun jua perkara yang telah berlaku kepada diri kita.

    Pertama, belajar melupakan.

    Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya. Anggap semuanya ini berkat dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.

    Kita harus melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali berkat ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita lebih banyak tidak tahu. Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik berkat dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang Allah telah berikan dan dipertanggungjawabkan. Dengan sikap seperti ini hidup kita akan lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, akan kian sering kita sakit hati.

    Kedua, kita harus melihat bahawa apa-apa pun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat 

    Kita tidak akan pernah rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu sama dengan keinginan kita. Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

    Ketiga, kita harus bersimpati.

     Melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.

    Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari”. Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.

    Oleh itu, kita harus belajar bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain. Namun yang harus diingat, berbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!



    Thursday, March 21, 2013

    Dari Hati ke Hati.. :)




    Ingin aku bicarakan padamu..
    Kau tiada di sisiku..
    Ingin aku lontarkan emosi padamu..
    Kau jauh dari mataku..

    Amat sukar dicari apa itu sahabat
    Inikan pula sahabat sejati
    Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
    Aku mula mengerti siapa sahabat
    Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
    Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
    Jika ada sahabat bersamaku

    Dan kian dewasanya aku
    Aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat
    Hidupku penuh warna
    Bagai pelangi yang cantik coraknya
    Menghiasi awan biru kehidupanku
    Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
    Terima kasih kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
    Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
    Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

    Sahabat..
    Aku senantiasa merinduimu di sana..
    Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu di sana..
    Aku sentiasa ingin kau bahagia di sana..
    Meski berkali-kali khabar ku dengar bahawa hatimu derita..

    Sahabat..
    Yakinlah akan dirimu..
    Bahawasanya Allah sentiasa bersamamu..
    Jagalah Dia dengan baik..
    Agar Dia menjagamu dengan baik..

    Sahabat..
    Jangan sesekali kau bersedih hati sendiri..
    Jangan sesekali kau membawa jauh hatimu dari kami..
    Jangan sesekali kau ragui jalinan kita ini..
    Jangan sesekali kau pinggirkan kami dari hati..

    Sahabat..
    Buanglah sangka negatifmu..
    Buanglah bisikan syaitan yang ingin melihat kita berpecah..
    Buanglah ego yang mengatakan kami semakin lupakanmu..
    Buanglah rasukan iblis yang ingin melihat kita jauh dari Allah..

    Sahabat..
    Aku hanya mampu membelek memori kasih kita..
    Yang tersusun rapi dalam album di lappy ini..
    Aku hanya mampu tersenyum bahagia..
    Dengan harapan, semoga kau juga bahagia dan tersenyum di sana..

    Ya..
    Kerana aku rindu..
    Kerana aku rindu..
    Semoga rindu yang mengalir ini adalah kerana-Nya..
    Semoga rindu ini kelak akan menemukan kita semula..
    Semoga rindu ini menghanyutkan kita ke arah mencari reda-Nya..


    Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
    Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
    Yang kininya hanya bisa dikenang
    Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
    suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
    Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.



    Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
    andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
    andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
    Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
    Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
    Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
    Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.
    Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah.
     Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan.
    "Kerana Ukhuwah itu indah" 

    Monday, March 18, 2013

    INSAN POPULAR

    Setiap orang sedikit sebanyak pasti terdetik didalam hati untuk menjadi orang yang dikenali. apabila kita dikenali kebanyakkan kerja dalam kehidupan seharian kita akan menjadi lebih mudah dari selalu kerana ada sahaja orang yang akan menghulurkan bantuan kepada kita.


    Apabila ditanya siapakah Siti Nurhaliza, Leino Messi, Mariah Carrie, Ziana Zain, Faizal Tahir? pasti semua orang tahu, kerana meraka adalah antara golongan yang Popolar di Malaysia ini. Ramai lagi yang Popular disini termasuklan menjadi seorang Wakil Rakyat pasti ramai yang akan mengenalinya.

    Tidak dapat dinafikan mereka memang Popular tetapi kita yang mengenali meraka haruslah jangan terlalu mengagung-agungkan mereka. Jika kita rasa hebat sangat kenalkan kita pada syiekh Mohd Abduh, Syiekh Hassan Al Banna? mereka adalah ilmuan islam yang harus kita kenal kerana ada pepatah yang  menyatakan ALLAH dan Rasul sayang kepada Ulama dan jika kita sayang Ulama, ALLAH dan Rasul akan sayang kepada kita.

    Sebagai seorang islam kita harus menjadikan orang yang paling popular dalam hati kita adalah Rasulullah, dan jangan hanya berkata pada mulut sahaja tetapi tidak pada hati dan perbuatan. ini kerana kita dengan mata kasar sahaja sudah dapat tahu siapakah yang sayang kepada Rasul dengan HATI, MULUT dan PERBUATAN. Jadilah kita insan yang paling dekat dengan ALLAH dan Rasul.

    Setiap hari kita membaca dan mendengar berita tentang kematian sama ada orang yang dekat dengan kita dan orang kita tidak kenal dan dikalangan yang meninggal itu adalah datang dari pelbagai golongan umur, ada yang dari bayi sampailah kepada yang tua. dan yang pasti diseluruh dunia ini pasti setiap masa akan ada berlaku kematian hanya kita sahaja yang tidak tahu. dan PERSOALAN DISINI ADAKAH KITA TIADA DALAM GOLONGAN UMUR MEREKA ITU?

    Bercakap tentang kematian dan mengikut kepada tajuk kita diatas, saya ingin mengaitkan tentang diri kita dan persedian kita untuk menghadapi saat kematian kerana kita tidak tahu bilakah masanya kita akan meninggal. dan yang lebih UTAMA kita ingin menjadi INSAN POPULAR disisi ALLAH kerana bagi penulis itulah yang amat penting dalam kehidupan.



    Sebagai insan yang kerdil lagi banyak dosa ini hendaklah kita selalu bertaubat kepadaNya kerana dalam sedar atau tidak banyak yang telah kita lakukan. tidak banyak sedikit. Penulis menyeru kepada diri Penulis dan semua agar kita sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi insan yang paling POPULAR disisi ALLAH kerana kepadaNya kita akan kembali dan kita tidak Mengetahui bila kita akan kembali. Mengikut kata pepatah

    "Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi dan Beramalah kamu seperti kamu akan Mati pada hari ESOK"
    sama-samalah kita renungkan..
    sekian,
    smile alway.. :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...