Thursday, March 21, 2013

Dari Hati ke Hati.. :)




Ingin aku bicarakan padamu..
Kau tiada di sisiku..
Ingin aku lontarkan emosi padamu..
Kau jauh dari mataku..

Amat sukar dicari apa itu sahabat
Inikan pula sahabat sejati
Tetapi sepanjang perjalanan kehidupan ini
Aku mula mengerti siapa sahabat
Sahabat yang sentiasa membimbing aku ke jalanNya
Aku gembira, rasa hiba tiada dirasa
Jika ada sahabat bersamaku

Dan kian dewasanya aku
Aku bertemu dengan lebih ramai Sahabat
Hidupku penuh warna
Bagai pelangi yang cantik coraknya
Menghiasi awan biru kehidupanku
Aku hargai setiap mereka yang hadir mewarnai dan menghiasi keindahanku
Terima kasih kepada mereka semua kerena tidak jemu bersamaku
Dari dulu, kini dan hingga keakhirnya
Moga kita sentiasa bersama hanya keranaNya

Sahabat..
Aku senantiasa merinduimu di sana..
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu di sana..
Aku sentiasa ingin kau bahagia di sana..
Meski berkali-kali khabar ku dengar bahawa hatimu derita..

Sahabat..
Yakinlah akan dirimu..
Bahawasanya Allah sentiasa bersamamu..
Jagalah Dia dengan baik..
Agar Dia menjagamu dengan baik..

Sahabat..
Jangan sesekali kau bersedih hati sendiri..
Jangan sesekali kau membawa jauh hatimu dari kami..
Jangan sesekali kau ragui jalinan kita ini..
Jangan sesekali kau pinggirkan kami dari hati..

Sahabat..
Buanglah sangka negatifmu..
Buanglah bisikan syaitan yang ingin melihat kita berpecah..
Buanglah ego yang mengatakan kami semakin lupakanmu..
Buanglah rasukan iblis yang ingin melihat kita jauh dari Allah..

Sahabat..
Aku hanya mampu membelek memori kasih kita..
Yang tersusun rapi dalam album di lappy ini..
Aku hanya mampu tersenyum bahagia..
Dengan harapan, semoga kau juga bahagia dan tersenyum di sana..

Ya..
Kerana aku rindu..
Kerana aku rindu..
Semoga rindu yang mengalir ini adalah kerana-Nya..
Semoga rindu ini kelak akan menemukan kita semula..
Semoga rindu ini menghanyutkan kita ke arah mencari reda-Nya..


Aku kian merindui sahabat yang jauh dariku
Teringat kenangan bersama yang telah kita coretkan
Yang kininya hanya bisa dikenang
Aku harap kalian juga masih terkenang masa lalu kita bersama
suka dan duka, yang tidak mungkin pernah padam dari ingatan
Biar ia bersemi untuk selamanya sahabatku.



Ya Allah, andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu,
andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.
Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah, jangan kau biarkan hati,jiwa,jasadnya terpesona dengan duniawi,
Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya. Ameen.
Kubina hubungan kita atas keimanan. Aku cintakanmu kerana Allah.
 Maka kau lebih daripada diriku kulebihkan walau itu menuntut pengorbanan.
"Kerana Ukhuwah itu indah"