menarik minggu ini

sahabat saya

Search

  • rakan adik

    Thursday, February 10, 2011

    BEKAM


    duk saja2 nie x tahu nak tulis pasal apa. tetiba ternampak bekas bekam, teringin la pula nak tulis pasal bekam nie. Rawatan bekam di dalam Islam sudah terkenal sejak 1400 tahun yang dahulu. Rasulullah pun mengamalkan bekam ini. serba sedikitlah apa yang saya tahu saya akan kongsikan bersama anda semua. Khasiatnya begitu banyak sekali untuk merawat penyakit.Di antara penyakit-penyakit yang boleh dirawat seperti:

    1.Migrain/Sakit Kepala/Pening

    2.Darah Tinggi/Hypertension

    3.Gaout/Uric asid tinggi

    4.Alergi/Gatal-gatal badan

    5.Kencing Manis/Diabetes

    6.Sakit Badan/Sakit pinggang /Kebas-kebas badan

    7.Sakit Saraf

    Di dalam kitab At-TibbunNabawiy oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadist Nabi S.A.W yang Mafhumnya:

    خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

    "Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

    Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

    Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

    Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu Nabi S.A.W telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM.

    Terdapat 2 jenis bekam

    1.Bekam Kering/Angin - Pembekaman dibuat pada tubuh badan tanpa sayatan .Darah kotor tidak keluar dari permukaan kulit cuma angin dan air sahaja yang keluar dari badan.   

    2.Bekam Basah/Darah - Pembekaman dibuat dengan sayatan,darah kotor,air dan angin akan keluar dari permukaan kulit.Tubuh badan akan terasa lebih segar dan cergas.

    Berbekam Para Sahabat ketika berpuasa

    Al-Hafiz menerangkan dalam kitab Al-Fath:Jumhur para ulama megatakan bahawa puasa tidak batal dengan berbekam dengan syarat badan yang kuat untuk dibekam.Bila badan menjadi lemah lalu pitam dan muntah maka batallah puasa.

    Sandaran Hadith:Dalam Shahih Bukhari bab kitabus saum,disebutkan:Bakir berkata dari Ummu 'Alqomah R.Anha ,"Dahulu kami pernah berbekam di hadapan 'Aisyah R.Anha bersama anak-anak saudara 'Aisyah maka kami tidak dilarang oleh beliau sedangkan saat itu kami sedang berpuasa".Kejadian ini telah berlaku dirumah 'Aisyah sendiri selepas kewafatan Rasullullah S.A.W

    p/s : kat sini nak juga la promosi bekam dengan saya.
    siapa area melaka nak berbekam jumpa lah dengan saya. tinggal jer comen dekat sini.. x mahal harga berpatutan.

    1 comment:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...