Monday, September 20, 2010

suara angin

hidup umpama angin,
berjalan mengikut arah tiupannya
tapi kita manusia yang punya agama
haruslah kita tahu dimanakah arah tuju kita


suara kita bertiup kuat
lebih kuat dari angin kencang
siapa tahu apakah yang ada didalam hati manusia
ingin mengegarkan suara angin


ayuh bangkit suara manusia 
suara yang mencari kedamaian dunia
jangan biarkan arus kekejaman 
mengusai kehidupan kita
agama pegangan kita 
islam panduan kita


suara angin dari kita lebih kuat
kuat untuk kita gegarkan


gegarkan apa?
gegarkan dunia menyebarkan islam
islam yang sebenar
bukan hanya mainan mulut sahaja.
bersama kita perjuangkannya.

Tuesday, July 20, 2010

tarbiyyah jiwa

manusia sering lupa dengan kesernakkan dunia,
kita lupa bahawa dunia ini hanya sementara dan akhirat itu kekal selamanya.

kenapa pekara ini sering berlaku?
pernahkah kita terfikir,
apakah kita telah lalai hanyut dengan perjuang dunia yg entah x lama lg ini,
atau kita memang malas untuk fikir akan hal akhirat itu.
dengarlah wahai hambaNya semua.

marilah kita bersama renung sejenak
renung akan hal dunia ini akan berakhir tidak lama lagi dan hal akhirat itu akan muncul
apakah yang kita perlu buat untuk menghadapi saat itu.
saat yang akan kekal selamanya itu.

apakah pentarbiyaah diri kita ini sudah cukup untuk kita mengatakankan kita ini akan berada dibawah lindunganNya??
dengan hanya solat lima waktu yang belum tentu khusyuknya, puasa bulan ramadan yg x tahu sempurna atau tidak.
seruan ini buat diri saya dan juga rakan semua,
bersamalah kita memperbaiki diri kita.
perbagai cara yang telah ALLAH berikan kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya
adakah kita melakukan itu?
kalau belum bersamalah kita memperingati untuk kita bersama2 kesyurgaNya nanti.

Wednesday, May 12, 2010

Monday, May 10, 2010

nota hati

Mencari kalam keredaanNya
Syahdu suasana malam
membuat hati ini terasa ghairah
Teringat aku saat itu
Sungguh cepat waktu berlalu
Mendasari sebuah erti kehidupan
Mencari dalam kelam merangkak dalam terang
Sungguh ajaib ciptaan Ilahi
Sungguh indah perjalanan hidup manusia
Walau sesat didalam hujan
Walau basah didalam laut
Kita manusia tiada bersyukur
Bangga dalam kepayahan
Tunduk dalam keperitan
Senda gurau mainan hati
Bila senang lupakanDia
Bila susah mencariDia
Buat manusia yang sombong
Sombong pada diri sendiri
Bangga dengan kebodohan
Riak dengan kesusahan
Siapakah kita?
Siapakah aku
Bila hati berbicara
Tersedar aku
Bertapa hanya aku bangga sendiri
Hanya berkata akulah hebat
Mengaku tapi tersesat
Berbangga tapi terlalai
Bantulah aku
Hanya padaMu
Aku bermohon
Apabila hati berbicara

Thursday, March 25, 2010

kuasa Dia

hidup ini sungguh indah.
tahukah anda??


ALLAH sentiasa bersama hamba2Nya yang beriman,
ALLAH akan sentiasa menguji hamba2Nya,


tapi kita sering alpa untuk mengingatiNya,
ketika kita susah " ALLAH hanya padaMu aku berserah, tolonglah hambaMu ini "
tapi bila senang dimana kita letak ALLAH itu??


manusia sering alpa.
salah siapa ini semua??
diri sendiri? ibu bapa? sahabat? atau syaitan?
semua salah tapi sapa yang lebih bersalah?
itu hanya kita sahaja yang boleh jawap.


firman ALLAH,
"sesungguhnya Aku akan menguji hambaKu 
sesuai dengan kemampuannya."


maka dengan ini setiap manusia itu pasti boleh berubah tapi hanya dia sahaja yang dapat mengubah dirinya
hanya nasihat dan batuan yang dapat sahabat dan keluarga beri.


sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama hamba2Nya yang soleh
dan ALLAH menerima taubat hambaNya.


kita terpulang kepada kita untuk membuat keputusan,
segalanya ada pada kita.

Tuesday, March 2, 2010

rindunya

ukhwah manusia amat utuh kalau ada ikatan yang kuat....

manusia pelbagai cerita,emosi,sifat,perangai dan banyak lagi
kata orang kalau berkawan biarlah berpada, jangan sampai terkena baru nak beringat
tapi bagi aku kawan dan sahabat itu amat penting walau apa pun mereka jangan kita yang musnahkan,
aku sayang semua sahabat, aku cinta semua sahabat
entahlah aku pun x tahu mengapa kerana sahabat aku sanggup lakukan apa sahaja
aku percaya sahabat aku sangat percaya

kalau kita mencari sahabat kawanlah dengan semua orang dan berbaiklah dengan mereka
ALLAH sentiasa bersama orang yang cinta sahabatnya kerana ALLAH.
biar apa pun yang berlaku aku percaya ALLAH bersama aku.

aku x takut untuk berkawan tapi aku takut untuk bercinta.
aku x takut untuk melakukan apa untuk sahabat
tapi aku takut melakukan sesautu untuk cinta

duit bukan segalanya tapi segalanya memerlukan duit
sahabat x perlukan kita tapi kita perlukan sahabat

melakukan sesautu tanpa sokongan itu amat susah tapi jika kita melakukan sesautu dengan bantuan sahabat ianya amat mudah untuk diselesaikan.
kita perlu tahu,
kehidupan ibarat pokok tapi kita x tahu macam satu jenis pokok untuk kita,
balak? getah? lalang? bunga? jati?
pencarian kini bermula....

Thursday, January 21, 2010

menuju kearah kemenangan

hari ini semua orang sibuk dengan hal yang entah betul atau tidak

kenapa tidak sedikitpun mereka menghayati apa itu erti sebuah kehidupan yang amat memerlukan pengorbanan yang besar

dalam islam setiap dari kita punyai satu tanggungjawab yang amat besar.
mampukah untuk kita laksanakan ianya, dengan hanya kita melihat sahaja,
apakah tindakan yang telah kita ambil
ayuh sedarlah wahai pejuang malaysia
kau dilahirkan sebagai seorang khalifah
jangan sekali kau alpa dengan kehidupan dunia ini.
dengan semangat yang gental dengan batuanNya
kau pasti berjaya

bangunlah sahabatku berjuang.
salam perjuangan